12 April 2010

RVP dan Sebastien Frey

Menurut laporan daripada spy Atikah.. Arsene Wenger dilaporkan bersedia untuk merisikokan Van Persie semasa berkunjung ke jiran tetangga hujung minggu ini.. Van Persie yang tidak beraksi sejak November dijangka akan berada di dalam kesebelasan utama semasa menentang Tottenham hujung minggu ini..

Van Persie telah pun disahkan physio Arsenal, Colin Lewin akan beraksi tidak lama lagi selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan koyak ligamen buku lalinya pada bulan November lalu selepas kembali menemui sentuhannya..

Van Persie sebenarnya menjalani latihan bersama kelab amatur, AFC Amsterdam semasa Van Persie menjalani sesi pemulihannya di Belanda di samping menjaga orang baru dalam keluarganya..

Masalah kecergasan pula tidak menjadi masalah selepas Van Persie kerap berada di gym dan berenang.. Jadi cuma masalah utamanya ialah mungkin akan ada kesan sampingan selepas RVP sudah lama tidak beraksi..

Tetapi Van Persie mungkin akan beraksi sebagai pemain gantian memandangkan Walcott dan Bendtner semakin berada di prestasi terbaik mereka.. Jika keadaan tidak memihak kepada Arsenal mungkin baru Wenger membawa masuk RVP.. Kerana bagi Atikah tiada masa untuk merisikokan sesiapa jika kita masih ada peluang untuk menewaskan Tottenham hujung minggu ini..

Jika Pompey yang mempunyai banyak masalah pun boleh tewaskan Tottenham kenapa kita tidak.. Terutama sekali Bendtner dan Waklcott sedang berada di prestasi yang cemerlang.. Dan hakikat Arsenal sering tewaskan Spurs sejak Wenger mengambil alih..

Untuk rumours tentang Sebastien Frey pula.. Wenger dilaporkan sedang memerhatikan penjaga gol Fiorentina berusia 30 tahun ini.. Harga Frey dilaporkan dalam lingkungan 8 juta pound.. Namun Wenger perlu bersaing dengan MU untuk mendapatkan tandatangan Frey..

Tetapi Atikah tidak rasa Wenger akan membeli Frey memandangkan seperti yang Atikah katakan sebelum ini Wenger cukup mempercayai barisan penjaga golnya walaupun kadang-kadang mereka menghampakan..

Tetapi seperti yang kita tahu.. Kita tidak boleh membaca fikiran Wenger.. Mungkin Wenger akan beli atau mungkin tidak.. Apa kata kita tunggu dan biar masa yang menjawabnya.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment