Wenger beli duo David??
Khabar angin dari Sepanyol mengatakan yang Wenger bersiap sedia untuk membeli David Silva selepas peninjau bakat Arsenal dilaporkan didapati berada di Sepanyol untuk menyaksikan Valencia beraksi dengan David Silva dilaporkan yang ditinjau mereka..Sementara itu bekas pengurus Tottenham dan England iaitu Gleen Hoddle memberitahu kesemua fan Arsenal jangan terkejut jika Wenger membeli David Villa selepas Arsenal ditunjukkan jalan keluar dari Champions League oleh Lionel Messi..
Namun harga David Silva bernilai 20 juta euro (di mana kesemua fan Arsenal akan fikir 2 kali untuk mempercayainya disebabkan Wenger tidak pernah akan membayar harga semahal itu melainkan Wenger begitu terdesak..)
Harga David Villa pula mencecah 40 juta euro tidak termasuk pula gajinya yang sudah semestinya akan bernilai lebih 100 ribu pound seminggu.. Termasuk pula saingan dari kelab-kelab yang lebih kaya..
Menurut spy Atikah Wenger dijangka menerima 45 juta pound untuk musim perpindahan musim panas ini.. Atikah tidak merasakan yang Wenger akan membeli Villa.. Namun Silva mungkin satu kemungkinan..
Dengan Maroune Chamakh semakin hampir ke Emirates Stadium melalui perpindahan percuma musim panas ini.. Mungkin Chamakh merupakan satu-satunya pemain penyerang yang akan dibeli Wenger jika Bendtner dan Van Persie berjaya mengelakkan kecederaan serius di Afrika Selatan nanti..
Di posisi penyerang.. Hugo Rodallega yang merupakan penyerang Wigan juga dilaporkan akan menuju ke Emirates Stadium selepas dilaporkan Wigan bersedia menerima tawaran bernilai 10 juta pound untuk Rodallega..
Namun untuk posisi pertahanan dan pemain tengah masih belum ada sebarang klu pemain mana yang akan terbang ke Emirates Stadium.. Cuma David Silva pemain sayap Sepanyol di posisi tengah di mana ianya bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba untuk melihat Silva beraksi di Emirates Stadium..
Untuk posisi penjaga gol pula di mana ramai yang mahu Wenger membeli penjaga gol yang lebih berkaliber ianya pasti tidak akan berlaku memandangkan Wenger cukup mempercayai barisan penjaga golnya.. Namun posisi pertahanan sesuatu yang Wenger patut lebih mengambil serius..
Dengan Gallas mempunyai masalah kecederaan sejak akhir-akhir ini hanya tinggal Vermaelen, Silvestre dan Campbell di mana kontrak Silvestre dan Campbell akan berakhir sebaik tamat musim ini.. Dengan Senderos semakin hampir pasti meninggalkan Arsenal secara perpindahan percuma musim panas ini ianya bermaka mungkin ada 2-3 pertahanan akan di bawa masuk..
Namun masih belum ada sebarang klu pertahanan manakah yang sedang diperhatikan Wenger untuk di bawa ke Emirates Stadium.. Kerana posisi pertahanan Arsenal akan goyah sebaik sahaja tamat musim ini.. Kita tunggu dan lihat sajalah siapa yang akan di bawa Wenger musim panas ini.. Adios!!
4 comments:
Villa dan Silva?? american dream la nih~
10.4.10in wenger we trust!
10.4.10wow!! harap2 la jad kenyataan
10.4.10mati hidup balik pun pak wenger x akan beli.....klu kurang dari 12j..nye..munkin...jgn harap la.....
11.4.10Post a Comment