12 April 2010

Pertukaran Jadual

Arsenal hanya mempunyai 5 lagi perlawanan untuk ditamatkan dengan kita akan menanti kunjungan Fulham pada 9 May ini dengan ianya mungkin perlawanan untuk menentukan juara liga..

Namun perlawanan Arsenal menentang Blackburn Rovers yang sepatutnya diadakan pada 1 May iaitu hari pekerja di jadualkan semula pada hari isnin 3 May 2010 dengan siaran langsung di Astro ESPN..

Sementara itu spy Atikah memberitahu yang Cesc Fabregas berada di senarai utama Manchester City pada musim panas ini.. Hmm.. Buang masanya saja si Man. City ini.. Fabregas sudah semestinya tidak berhijrah ke Eastland..

Dia sudah jadi kapten pasukan Arsenal.. Tempatnya dalam skuad Arsenal terjamin.. Segala-galanya cukup buat Fabregas.. Pasal gaji pula ianya bukan satu masalah.. Dengan terbukti Fab4 merupakan nadi utama pasukan.. Pengurusan Arsenal langsung tidak kedekut untuk membayar gaji yang mahal untuk Fabregas asalkan dia terus beraksi cemerlang..

Man. City dilaporkan bersedia menawarkan 50 juta pound untuk khidmat Fabregas.. Walaupun mana-mana pasukan bersedia bayar lebih dari 100 juta pound pun belum tentu Fab akan dilepaskan.. Arsenal tidak mempunyai masalah kewangan yang serius langsung.. Jadi jika Wenger kata tidak jadi tidak akan ada sebarang perbincangan..

Namun jika Fabregas kata ya.. Dengan berat hatinya pengurusan Arsenal terpaksa menerimanya.. Tetapi mungkin Man. City juga terlupa yang Fabregas ada mengatakan jika dia tinggalkan Arsenal hanya Barcelona arah tujunya..

Atikah yakin Fabregas tidak akan meninggalkan Arsenal untuk ke Eastland mahupun mana-mana pasukan.. Harap-harap ianya betul.. Tapi apa-apa pun Atikah nak tegaskan janganlah mempercayai atau terpedaya dengan berita-berita sebegini..

Mereka hanya cemburu Arsenal mempunyai pemain terbaik di dunia.. Apa yang penting kita percaya pada pemain dan pemain mengotakan setiap janjinya kepada fan.. Dan biarlah masa yang menjawabnya siapa yang akan tinggalkan Emirates Stadium, siapa yang kekal dan siapa yang akan datang.. Adios..

0 comments:

Post a Comment