16 April 2010

Konflik Hill-wood dan Fabregas

Fans Arsenal diarahkan bersiap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kapten pasukan dan nadi utama, Cesc Fabregas selepas dilaporkan Peter Hill-wood telah melukakan hati Fabregas yang sepanjang musim ini menafikan dakwaan dia akan meninggalkan Arsenal.. Sehinggakan dia mengaku yang dia mungkin akan menamatkan kariernya di Emirates Stadium..

Pengerusi Arsenal yang sebelum tu mengesahkan yang kewangan Arsenal bertambah baik dan lebih baik berbanding sebelum ini menegaskan yang dia telah membuat perjanjian dengan Barca untuk membiarkan Fab berseorangan pada musim panas ini selepas pengurusan Arsenal bersetuju tidak akan menjual Fabregas dalam masa terdekat ini..

Namun kata-katanya “If you want my opinion, I’m not sure he (Fabregas) would even get into their team..” Telah membuatkan spekulasi yang Fabregas akan pergi dengan Hill-wood dilaporkan tidak menganggap Fabregas pemain penting pasukan Arsenal.. Atau pun Fabregas bukanlah pemain yang bagus.. Namun bagi Atikah mungkin ini maksudnya..

Dengan Xavi dan Iniesta mempamerkan aksi cemerlang di bahagian tengah Barca.. Ianya langsung tiada peluang untuk Fab menyelitkan diri dengan hakikat dia sering dipinggirkan di bahagian tengah Sepanyol jika Xavi dan Iniesta cergas.. Dengan Pedro dan mungkin beberapa pemain lagi akan di bawa masuk musim panas ini..

Peluang untuk Fabregas kekal di dalam kesebelasan utama cukup pudar.. Dengan hakikat setiap pemain Arsenal yang berhijrah seakan-akan dilanda badi apabila berhadapan masalah untuk menampilkan aksi cemerlang seperti yang mereka pernah lakukan dahulu.. Walaupun permainan Arsenal dan Barca sama namun badi tersebut akan terus menghantui pemain-pemain Arsenal..

Bagi Atikah Hill-wood mungkin hanya mahu mengingatkan Fabregas tentang perkara-perkara tersebut.. Cuma seperti biasa media akan memutarkan belitkannya.. Jadi buat x tahu saja tentang berita ini.. Bagi Atikah ianya satu lagi permainan psikologi dari media Britian.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment