Campbell kekal atau tidak??

Namun aksi cemerlang Campbell dengan larian tidak kenal penat lelahnya walaupun sudah berusia 35 tahun dan akan berusia 36 tahun sebulan selepas musim 2010/2011 membuka tirainya dijangka akan kekal selepas Wenger kagum dengan aksi Campbell berbanding pemain yang muda 3 tahun darinya, Mikael Silvestre..
Fans Arsenal pasti gembira jika Campbell kekal berbanding Silvestre yang kekal.. Silvestre terus dikritik selepas gagal menandingi aksi yang ditampilkan Sol Campbell semasa menentang Spurs dan Wigan minggu lepas..
Campbell mengakui dia tiada klu tentang masa depannya di Arsenal.. Namun Campbell mengakui Arsene Wenger mungkin akan menelefonnya tentang masa depannya bersama Arsenal minggu depan mahupun pada bulan Julai nanti..
Bagi pandangan anda.. Siapa sebenarnya yang sepatutnya kekal?? Di antara Silvestre dan Campbell.. Siapa pilihan anda.. Atikah tanpa ragu-ragu lagi akan memilih Campbell yang jelas lebih menyakinkan daripada Silvestre.. Walaupun usianya sudah tua namun dia berjaya memastikan ianya tidak menjadi penghalang dengan aksi cemerlangnya di atas padang..

Athletico Madrid terus meluahkan kesediaan mereka untuk membawa Merida pulang ke Sepanyol.. Namun Arsene Wenger jelas mahu Merida kekal bersama Arsenal musim depan.. Begitu juga Fran Merida yang masih mahu Wenger mendidiknya..
Namun dengan ketiadaan jaminan aksi kesebelasan utama untuknya, ianya menyukarkan lagi proses perbincangan kontrak lanjutannya bersama Arsenal.. Atikah sendiri tiada idea tentang masa depan Fran Merida ini..

Namun Juventus dijangka pilihan ideal untuk mendapatkan Eboue dengan tawaran sekitar 6 juta pound.. Bagi Atikah Eboue patut kekal.. Kerana dia boleh beraksi di mana posisi sayap (serangan mahupun bertahan).. Ianya satu kerugian jika menjual Eboue..

Namun bagi Atikah, Senderos sedikit lebih bagus dari Mikael Silvestre.. Lagipun usianya masih muda iaitu baru berusia 25 tahun.. Namun jelas sekali Wenger lebih bersedia mencari pertahanan lain untuk mengisi kekosongan bahagian pertahanan.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment