07 April 2010

Messi hancurkan impian Arsenal

Lionel Messi menghancurkan impian Arsenal untuk mara ke peringkat separuh akhir untuk bertemu Inter Mila apabila Messi menginspirasikan pasukannya selepas ketinggalan 1-0 seawal minit ke-18 hasil gol Nicklas Bendtner.. Dalam artikel ini Atikah akan memberikan beberapa punca Arsenal tewas..

Tiadanya gandingan Gallas dan Vermaelen yang terbukti cukup kebal sehinggakan Messi sukar mencari ruang semasa pertemuan minggu lepas.. Kegoyahan barisan pertahanan jelas dapat dilihat kerana pemain Barcelona jauh lebih mudah merobek pertahanan Arsenal..

Ketiadaan Alex Song juga menjadi punca pertahanan Arsenal goyah.. Jika Song ada mungkin Messi tidak akan mendapati dirinya berleluasa di kotak penalti.. Bukannya Atikah bermaksud Denilson tidak bagus.. Namun Denilson dan Song merupakan 2 individu yang cukup berbeza..

Samir Nasri gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fabregas.. Dan Nasri gagal mempamerkan aksi cemerlang seperti yang dilakukannya minggu lepas menjadi salah satu punca Arsenal tewas..

Aksi Tomas Rosicky semalam cukup menyakitkan hati.. Rosicky mudah kehilangan bola dan tidak banyak yang Rosicky bantu pada perlawanan awal pagi tadi.. Atikah rasa punca utamanya ialah aksi yang dipamerkan Tomas Rosicky.. Atikah memang kecewa dengan Rosicky.. Rosicky jauh lebih bagus daripada apa yang dipamerkannya awal pagi tadi..

Tapi x kisahla apa pun punca Arsenal tewas.. Kita perlu bangkit kembali dan membelasah jiran setempat Tottenham Hotspurs hujung minggu ini di dalam saingan liga.. Jelas sekali kemenangan ke atas Tottenham akan mengubati kekecewaan tewas di Nou Camp.. Adios!!

1 comments:

BujanG BahaGia said...

bujang sedih sgt atikah....kita masih xdapat satu piala...bayangkan tingginya harapan peyokong terhadap kelab kesayangannya...tetapi..kita hanya mampu pulang dengan tangan kosong.....

7.4.10

Post a Comment