Gibbs - We're behind Lukasz

Kieran Gibbs menegaskan yang selama ini rakan sepasukannya sering menyokong Lukasz Fabianski untuk menunjukkan potensinya dan Gibbs juga merasai yang Fabianski telah membuktikan dia juga Fab seperti Fabregas.. Gibbs juga mengakui beliau terhutang budi dengan Fabianski yang menyelamatkan sepakan penalti selepas Gibbs memberikannya kepada Partizan..

"He is a great keeper or else he wouldn't be here at Arsenal.. I owe him a lot, although I can't really remember much about (giving away) the penalty.. He put in a great performance. That is what he is in the team to do.. Saving the penalty was just as important as scoring a goal for us.. I think he felt like he had a point to prove.. He has shown great character and he doesn't hide away.."

"
We do feel for him (after the criticism he has had) because we know his quality and he has shown them against Partizan - that is why I think he expressed that after he had saved the penalty and all credit to him.." Akhirnya Fabianski mengikut jejak langkah Eboue, Diaby dan Bendtner..

Daripada dikritik di julang sebagai hero.. Namun adakah Fabianski mampu meneruskan prestasinya dan mengetepikan segala masalah yang mampu menghalang beliau dari mengeluarkan segala potensinya?? Tiada siapa yang akan tahu cuma Fabianski sahaja yang boleh menunjukkannya..

Jika Fabianski diberikan peluang menentang Chelsea hujung minggu ini.. Inilah titik penting beliau membuktikan keupayaannya dan menjadi pemain kesayangan penyokong.. Asalkan beliau memberikan aksi terbaiknya dan membantu Arsenal mencatatkan kejayaan penting.. Namun adakah Fabianski mampu melakukannya selepas dipuji oleh sebahagian fans Arsenal dan seluruh media??

Sama ada Fabianski mampu terus jadi Fab atau kembali semula kepada Flappy Handski.. Hanya Fabianski sahaja yang mampu menjawabnya.. Apa-apa pun x sabar tunggu perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini dan harapnya Fabregas kembali.. Kalau x potensi untuk menang semakin tipis walaupun si Lampard masih cedera..

Menurut khabar angin juga mengatakan Squillaci dan Koscielny akan terus bergandingan selepas dilaporkan yang Thomas Vermaelen masih gagal pulih dari kecederaan achillesnya.. Namun harapnya ianya hanya rumours.. Apa-apa pun kita perlu berdoa kita perlu bernasib baik untuk kembali mendapat khidmat kapten fabolus kita dan kembali berbisa dan terus bersaing untuk kejuaraan liga.. Adios!!
Read More

Lukasz Fabianski all over the newspaper

Lukasz Fabianski telah menjadi tajuk utama setiap berita di England selepas muncul hero dan pemain terbaik perlawanan awal pagi tadi.. Fabianski mengakui yang beliau bersedia menerima cabaran dan tentangan Chelsea hujung minggu ini dan mengakui yang beliau cukup gembira dengan persembahannya.. Berikut apa yang dikatakan Fabianski..

" Yes, I was happy [with the penalty save].. Who knows what might have happened had Partizan got back to 3-2. They could have thrown all their players up.. But luckily I saved the penalty and the game was easy to finish.. Overall I'm pleased with my performance.. Not just some of the saves I made but my reading of the game, coming for the crosses and the way I played with my feet.. Every aspect is important to me and in general I am pleased.."

"I am ready.. I was always ready.. I was never bothered by all the things that happened. I always tried to focus on my work, on my job.. We are all looking forward to the Chelsea match. Hopefully it will be exciting game.." Atikah juga post gambar akhbar-akhbar England yang menyiarkan headlines tentang Fabianski..

Hmmm.. Sebenarnya anda perasan x ataupun cuma Atikah yang sebenarnya badan Lukasz Fabianski dah semakin tegap.. Atau mungkin cuma sebab baju.. Hmm.. X kisahla apa yang penting ialah Fabianski akhirnya mmbuktikan apa yang dikatakan orang ramai silap dan beliau ada potensi.. Harap dia teruskannya.. Adios!!

Read More

We saw the Fabianski we see in training

Siapa yang sangka hari Lukasz Fabianski ataupun lebih dikenali sebagai Flappy Handski dijulang sebagai hero merupakan hari ini.. Di waktu yang tepat krisis penjaga gol Arsenal kembali menghantui selepas Almunia kembali mengalami kecederaan dan mula melakukan kesilapan mudah..

Akhirnya dunia tahu juga kenapa Atikah, Arsene Wenger dan segelintir fans Arsenal mempercayai kemampuannya.. Jika Fabianski berjaya mengeluarkan segala masalah semasa beraksi inilah apa yang mampu dilakukan Lukasz Fabianski.. Ingat itu wahai segala fans Arsenal sekalian.. Kerana anda tahu jika dia beraksi di aksi terbaiknya, dialah penjaga gol terbaik dunia..

Inilah maksud Atikah selama ini yang Fabianski mempunyai potensi penjaga gol terbaik dunia asalkan segala masalahnya berjaya diketepikan Fabianski.. Iaitu kurangnya keyakinan, teragak-agak membuat sebarang keputusan, terlalu nervous dan tidak mempunyai ketahanan mental yang baik iaitu apabila mula cemerlang tapi selepas beliau dibolosi mula menampakkan kelemahannya..

"Fabianski had a good game, we have seen the player tonight who we see in training.. He had a faultless game.. I know it is in him.. He got it out in the game tonight and hopefully that will give him the needed belief and confidence.. I am confident he will come out as a great keeper, I have always said that.. We have to keep confidence in him and he needs to gain experience from games like this.. At the moment Almunia is injured, we will have to see how his injury goes but at the moment it is too early to say.
."

Itulah apa yang dikatakan Arsene Wenger tentang prestasi yang ditunjukkan Lukasz Fabianski hari ini.. Namun apa yang pasti hampir kesemua fans Arsenal mahu Manuel Almunia digantikan dengan Lukasz Fabianski pada perlawanan penting hujung minggu ini menentang Chelsea kerana selagi Fabianski mempunyai keyakinan yang tinggi, ianya patut digunakan..

Kerana ialah penjaga gol mana ataupun pemain mana yang nak terus disisihkan selepas beraksi cemerlang selepas sering dikritik?? Ianya pasti menjatuhkan motivasi dan tahap keyakinannya.. So apa lagi, Arsene Wenger we want Lukasz Fabianski in the goal against Chelsea this weekend!! Jack Wilshere juga tidak ketinggalan memuji Fabianski..

"It's been hard for our 'keepers at the moment and that was a great reponse from him.. He made a good save at the end as well.. Fair play to him.." Menurut statistik di UEFA.com.. Fabianski yang hanya dicabar dengan 4 percubaan on target hanya melepaskan satu gol daripada 4 percubaan merbahaya Partizan iaitu dari sepakan penalti cantik Cleo..

Ianya merupakan sesuatu yang bagus memandangkan aksi menyelamat Fabianski itu telah menyelamatkan 3 mata Arsenal.. Kerana jika Fabianski melakukannya Arsenal mungkin tewas ataupun seri.. Jadi apa yang dilakukan Fabianski hari ini telah cukup untuk meletakkan sebagai hero Arsenal (sekurang-kurangnya untuk hari ini.. Namun pastinya fans Arsenal tidak mahu ianya menjadi yang terakhir..)

Jadi adakah atas apa yang dilakukannya hari ini Wenger patut mengambil perhatian dengan memberikan Fabianski jersi nombor satu Arsenal?? Pastinya fans Arsenal yang masih ada keraguan kepada Almunia mengatakan ya memandangkan Fabianski kini dilihat berada di prestasi terbaiknya..

Namun walau apa pun pilihan Wenger Atikah harap sangat ianya betul.. Cukuplah dengan kesilapan demi kesilapan beliau dalam soal penjaga golnya akhir-akhir ini.. Kerana Almunia mungkin telah melepasi zaman kemuncaknya.. Kita perlu ingat Almunia sudah berusia 33 tahun dan sewaktu usia ini kebanyakan penjaga gol tidak boleh lagi improve..

Namun Fabianski yang berusia 25 tahun masih boleh belajar dari segala kesilapannya dan improve.. Kerana di waktu inilah kebanyakan penjaga gol mula menunjukkan aksi sebenar mereka.. Adakah ini boleh menjadi hari terakhir Almunia sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal?? Mungkin ya mungkin tidak..

Namun usianya dan hakikat tidak ramai penjaga gol seusianya berada di tahap kemuncak ataupun boleh teruskan development dan improve diusia ini telah menjadi sudut negatif.. Dengan fans Arsenal telah mengalih arah dan lebih mempercayai Fabianski hari ini berbanding Almunia telah menjadi lagi satu faktor..

Namun apa yang pasti Fabianski telah membuatkan Arsene Wenger sukar membuat pilihan.. Adakah beliau akan kekal dengan Manuel Almunia sebaik beliau kembali pulih dari kecederaan atau menyisihkan Almunia akan hanya dijawap hujung minggu ini ataupun minggu depan.. Jadi kita tunggu sahajalah.. Adios!!

P/S: Akhirnya Fabianski buat Almunia x senang duduk.. Tapi adakah Wenger hanya akan buat tidak peduli dan terus meletakkan kepercayaan kepada Almunia selepas penjaga gol emasnya, Fabianski membuktikan keupyaannya dan telah berjaya menarik kepercayaan fans Arsenal terhadapnya semula..
Read More

Fabianski buktikannya dan Arsenal kembali menang

3-1.. Itulah keputusan yang dicatatkan Arsenal di Serbia.. Perlawanan yang menarik namun masih ada yang tidak kena dengan skuad Arsenal.. Mungkin hanya Atikah namun aura Fabregas tiada so corak permainan Arsenal masih menarik namun sedikit membosankan.. Arsenal boleh menang lebih awal pagi ini hanya untuk dimusnahkan penjaga gol Partizan dan barisan pertahanan mereka..

Namun pertahanan Arsenal agak bagus cuma masih melakukan kesilapan bodoh dan perlu diselesaikan segera sebelum perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini.. Namun Lukasz Fabianski akhirnya membuktikan keupayaannya dengan beraksi dengan cukup cemerlang sekali dan pastinya sedikit mengembirakan fans Arsenal..

Atikah yakin jika Almunia gagal pulih untuk aksi hujung minggu ini Fabianski yang tahap keyakinannya pasti naik atas persembahan cemerlangnya ini pasti mampu memikul tanggungjawab tersebut sebaik atau lebih baik hari ini.. Namun cuma masalahnya ialah lawannya ialah Chelsea.. Okey cukuplah sedikit sembang-sembang mari kita teruskan post match dengan kita mulakan dengan barisan kesebelasan utama..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----DJOUROU-----GIBBS
ROSICKY (C)----SONG-----DENILSON-----ARSHAVIN
WILSHERE
CHAMAKH

Wenger membuat keputusan merehatkan Koscielny, Clichy, dan Nasri dan nampaknya keputusan tersebut cukup berbaloi.. Namun Atikah masih agak tidak puas hati dengan aksi Djourou yang mengantikan Koscielny.. Kerana Djourou tidak banyak memberikan impak dan kadang-kadang beliau seperti tiada di atas padang dan sering lari dari posisinya..

Begitu juga dengan Alex Song yang lebih suka menyerang berbanding melakukan tugas kebiasaannya iaitu melindungi barisan pertahanan Arsenal.. Namun nasib baiklah ada Denilson.. Namun paling mencuri perhatian hari ini pastinya tidak lain dan tidak bukan Si Fabianski.. Kali ini beliau mencuri perhatian dengan cara yang betul.. Tapi nanti kita bincangkan pasal tu.. First thing first ialah first half game analisis..

Arsenal mendahului seawal minit ke-15 hasil jaringan daripada Andrei Arshavin yang main satu dua dengan Wilshere sebelum Wilshere yang dikeremuni pertahanan melakukan back heel kepada Arshavin yang merembat ke gawang gol Partizan untuk gol pertama perlawanan dan memberikan Arsenal pendahuluan..

Namun Partizan menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti selepas Denilson bertindak bodoh menahan bola dengan tangannya di kotak penalti.. Cleo memperdayakan Fabianski yang sebelum itu menyelamatkan keadaan semasa hantaran kebelakang Squillaci hampir sahaja memakan diri hanya untuk Fabianski yang cukup bernasib baik menyelamatkan keadaan..

Second half menyaksikan percubaan demia percubaan Arsenal diselamatkan penjaga gol Partizan.. Chamakh telah dikasari di kawasan kotak penalti dan pengadil tanpa segan silu memberikan penalti kepada Arsenal dan melayangkan kad merah kepada pertahanan Partizan yang sebelum itu telah dua kali diberikan amaran keras oleh pengadil..

Namun Arshavin yang mengambilnya mensia-siakan peluang apabila sepakannya diselamatkan penjaga gol.. Atikah agak kecewa kerana kalau x silap Atikah sebenarnya Arshavin target posisi tengah gawang.. Dan kebiasaannya penjaga gol cukup bernasib baik untuk menyelamatkannya menggunakan kakinya jika beliau telah melayangkan dirinya ke kiri atau kanan gawang..

Maroune Chamakh akhirnya memberikan pendahuluan kepada Arsenal selepas menanduk masuk gol pertamanya untuk Arsenal di tempat lawan.. Namun percubaannya diselamatakan ataupun terkena tiang namun Chamakh cukup bernasib baik bola kembali kepadanya so agak senang untuk beliau menanduk masuk bola ke gawang yang kosong..

Arsene Wenger mengeluarkan Wilshere dan Chamakh 3 minit selepas Arsenal mendahului 2-1 dengan membawa masuk Nasri dan Vela.. Kemasukan Nasri dilihat memang cukup berguna selepas corner kicknya telah menyaksikan Squillaci menanduk masuk gol ketiga Arsenal untuk mengesahkan kemenangan Arsenal..

Lebih manis gol tersebut ialah gol pertama Sebastien Squillaci untuk Arsenal sejak menyertai Arsenal semasa musim perpindahan musim panas yang lalu.. Namun selepas itu Arsenal hanya main-main dan ianya hampir memakan diri apabila Gibbs melakukan kekasaran bodoh di dalam kotak penalti..

Namun kali ini Fabianski memastikan dirinya tidak lagi diperdayakan Cleo selepas menepis keluar sepakan penalti tersebut dan mengawal corner kick dengan cukup baik sekali dan menampilkan aksi yang cukup menyakinkan sekali selepas jelas sekali sepakan penalti yang diselamatkannya telah membantu menaikkan motivasi dan keyakinannya..

Selepas itu Fabianski sekali lagi dipanggil melakukan aksi menyelamat dan beliau jelas sekali tidak menghampakan.. Persembahannya ini pastinya membuka mata fans Arsenal dan jelas sekali Fabianski merupakan pemain terbaik perlawanan.. Namun persoalan kini timbul adakah Fabianski mampu meneruskan kecemerlangannya ini dan terus konsisten??

Kerana apa yang pasti fans Arsenal pastinya gembira dengan persembahan yang ditampilkan Fabianski selepas seminggu dikritik kerana melepaskan gol mudah semasa menentang Spurs dan selepas Almunia dikritik melakukan kesilapan bodoh semasa kekalahan memalukan di Emirates Stadium kepada pasukan kerdil, West Bromwich Albion..

Jadi kini adakah anda mahu melihat Almunia terus berada di gawang Arsenal pada perlawanan menentang Chelsea jika beliau sempat pulih ataupun berikan tugas tersebut kepada Fabianski yang menampilkan aksi yang cukup mengkagumkan hari ini.. Apa-apa pun tahniah Fabianski.. Anda berhak menerima segala pujian hari ini dan berhak meraikannya..

Dan kepada semua fans Arsenal pujilah Fabianski kerana beliau berhak menerimanya.. Namun jangan bila dah dipuji, si Fabianski nie kembali kepada Flapy Handski balik dahla.. Apa yang pasti untuk hari ini (sekurang-kurangnya) tiada kritikan kepada Fabianski.. Beliau berhak menerima pujian dan ucapan tahniah dan mungkin juga pemain terbaik perlawanan.. Adios!!
Read More

Ian Wright 'Jangan salahkan penjaga gol'

Lagenda Arsenal dan bekas pemegang rekod jaringan Arsenal sepanjang zaman sebelum ianya dipecahkan Henry iaitu Ian Wright menegaskan yang fans Arsenal tidak boleh sama sekali menyalahkan Manuel Almunia tentang kekalahan memalukan Arsenal minggu lalu dan menuding jari jika Lukasz Fabianski melakukan perkara yang sama malam ini (di mana pastinya fans Arsenal berharap beliau tidak akan lakukannya..)

Ianya sebenarnya salah Arsene Wenger kerana gagal memberikan persaingan kepada barisan penjaga golnya.. Hakikat Almunia terlalu selesa di kem Arsenal kerana beliau tahu beliau akan dipilih beraksi pada setiap perlawanan kecuali Piala Carling dan mungkin juga Piala FA telah menjadi faktor utama.. Atikah memang setuju.. Kerana ianya sememangnya tidak bagus untuk mana-mana pemain..

Kerana persaingan yang sihat akan menyaksikan setiap pemain akan berusaha keras mengekalkan tempat mereka dan memastikan pemain back up mereka terus menjadi pilihan kedua.. Sedangkan Fabregas yang sah-sah akan dipilih Arsenal pun mengakui perlu berusaha keras untuk memastikan pemain seperti Ramsey dan Wilshere tidak mengetepikannya.. Inikan pula posisi lain..

Sebagai contoh.. Sagna akan berentap dengan Eboue di posisi bek kanan.. Clichy pula dengan Gibbs.. Vermaelen ada Koscielny di belakangnya sementara Squillaci dan Djourou serta Nordtveit menambahkan cabaran.. Song ada Denilson mahupun Diaby.. Nasri kini ada Walcott.. Van Persie ada Chamakh serta Bendtner.. Arshavin pula ada Vela ataupun Wilshere ataupun yang terbaru Lansbury yang cemerlang tempoh hari..

Namun posisi penjaga gol.. Dah sah-sah Almunia nombor satu.. Fabianski nombor dua sementara Mannone dan Szczesny masing-masing pilihan ketiga ataupun keempat.. Jadi itulah faktor mengapa penjaga gol Arsenal terlalu selesa sehinggakan kadang-kadang tidak belajar dari kesilapan walaupun Mannone dan Szczesny masing-masing cuba memberikan saingan kepada Aluminia dan Fab21..

Namun kedegilan Wenger untuk terus mengharap kepada Almunia dan Fabianski serta kurang berminat memberikan peluang kepada Mannone dan Szczesny kecuali terdesak telah menjadi salah satu lagi faktor.. Apa kata kita kenang kembali zaman kegemilangan penjaga gol Arsenal dahulu.. Siapa pilihan siapa back upnya..

David Seaman iaitu lagenda penjaga gol Arsenal.. Walaupun akan terus dipilih beliau akan terus diasak back upnya, Alex Manninger yang kini bersama Juventus.. Ianya pastinya membuatkan Seaman x senang duduk dan terus memberikan aksi terbaiknya untuk memastikan Manninger terus terkecewa..

Manuel Almunia pernah membuktikan beliau cukup bagus untuk jadi penjaga gol nombor satu Arsenal setelah mengetepikan saingan Jens Lehmann yang bergelut dengan prestasi dan kecederaannya.. Jika Almunia boleh tewaskan Lehmann kenapa beliau tiba-tiba sahaja jadi penjaga gol yang boleh diharap Arsenal selepas itu menjadi penjaga gol yang x boleh diharap??

Jawapannya ialah Lukasz Fabianski.. Fabianski tidak memberikan cabaran yang sepatutnya diberikan beliau kepada Almunia kecuali semasa awal-awal kariernya di Arsenal di mana beliau memberikan tekanan kepada Almunia selepas menunjukkan potensinya semasa Piala Carling sebelum mula kehilangan punca dan mula melakukan kesilapan dan terlalu tertekan..

Mungkin jika ada persaingan pasti Wenger tidak perlu dipaksa peminat lagi dari mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli penjaga gol baru.. Bagi Atikah persaingan mampu membuatkan seseorang berasa dirinya terancam dan bermotivasi untuk mengekalkan tempatnya dan memberikan persembahan terbaik.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Partizan Belgrade

Arsenal berkunjung ke Serbia tanpa kapten, penolong kapten, Fabregas, Van Persie dan Almunia yang kesemuanya mengalami kecederaan.. Jadi lilitan kapten dan siapa yang akan mengetuai Arsenal kembali mengembalikan maruah yang telah tercalar pastinya menjadi tanda tanya.. Namun apa yang penting pemain itu mampu menjalankan tugasnya dan membimbing pasukan kembali menjadi Arsenal yang dahulu..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----GIBBS
ROSICKY-----SONG-----DIABY
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Itulah bayangan kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini.. Jadi jangan ketinggalan menyaksikannya pada pukul 2.40 pagi ini siaran langsung di Astro Super sports saluran 813.. Jadi mampukah Arsenal mengembalikan maruah dan mengelakkan di malukan sekali lagi?? Hanya persembahan malam ini sahaja yang mampu menjawabnya.. Adios!!
Read More

Fabregas sudah mula berlari kembali

Cesc Fabregas telah mula berlari kembali selepas mengalami kecederaan hamstring pada perlawanan menentang Sunderland tempoh hari.. Beliau yang terlepas penerbangan ke Serbia akan dirawat oleh staf perubatan Arsenal untuk pemulihannya walaupun Wenger mengakui Fabregas mempunyai peluang yang tipis untuk kembali semasa perlawanan menentang pendahulu liga, Chelsea..

"Cesc for Partizan is impossible.. But he has started to run so we have to monitor his progress in the week and there is a little hope there he will be available [for Sunday].." Namun Fabregas sebelum ini telah menegaskan beliau akan cergas sepenuhnya semasa perlawanan menentang Chelsea..

Arsene Wenger mendedahkan sebab utama beliau tidak mengeluarkan Manuel Almunia yang mengalami kecederaan siku semasa perlawanan menentang WBA.. Di mana beliau mengalaminya semasa menjatuhkan penyerang WBA ataupun semasa menyelamatkan sepakan penalti pemain WBA..

Sebab utamanya ialah kerana Almunia menegaskan beliau boleh meneruskannya.. Dan Wenger terpaksa mengikutnya disebabkan hakikat Almunia menjadi penyebab Arsenal kekal 0-0 di separuh masa pertama dan menyelamatkan sepakan penalti.. "We checked him at half-time.. He had some pain but said he could go on, so I decided to play him on.."

"If a player has just saved a penalty and says he is perfectly all right then it is difficult to take him out.. I would have done if he had said ‘yes, I feel it’.. But sometimes when you are playing and are hot, you do not feel it, then afterwards, when you stop, you do.." Adios!!
Read More

Skuad Arsenal ke Serbia

Kecederaan yang di alami Manuel Almunia telah menyaksikan Lukasz Fabianski akan diberikan tugas menjaga gawang Arsenal hanya selepas seminggu beliau gagal menepis keluar bola lemah Keane yang menyaksikan Arsenal hanya berjaya menumpaskan Spurs 4-1 selepas masa tambahan di mana ianya bagaikan memberikan impak negatif semasa menerima kunjugan West Brom hujung minggu lepas..

Duo penjaga gol kebangsaan Poland dipilih Arsene Wenger terbang ke Serbia meninggalkan penjaga gol tegap berbangsa Itali, Vito Mannone menyaksikan perlawanan dari rumahnya sahaja selepas Wenger memberikan tempat di bangku simpanan kepada rakan karib Fabianski, Szczesny yang meluahkan kekecewaannya yang dipinggirkan Wenger..

Kieran Gibbs kembali menyertai pasukan selepas melepasi ujian perubatan yang dijalankan staf perubatan Arsenal selepas mengalami kecederaan semasa menang 4-1 terhadap musuh tradisi, Tottenham Hotspurs hampir seminggu yang lalu.. Berikut ialah senarai penuh barisan pemain Arsenal yang akan menentang Partizan Belgrade.. Adios!!

Lukasz Fabianski
Wojciech Szczesny
Bacary Sagna
Gael Clichy
Laurent Koscielny
Tomas Rosicky
Samir Nasri
Carlo Vela
Denilson
Alex Song
Sebastien Squillaci
Jack Wilshere
Johan Djourou
Emmanuel Eboue
Andrei Arshavin
Maroune Chamakh
Kieran Gibbs
Henri Lansbury
Read More

Arsenal train ahead of Belgrade trip

Okey enjoy dulu gambar pemain Arsenal berlatih sebelum terbang ke Serbia sebelum Atikah postkan senarai penuh pasukan Arsenal yang akan terbang ke Serbia untuk perlawanan menentang Partizan Belgrade selepas mendapat keputusan memalukan minggu lepas di gelanggang sendiri.. Arsenal juga telah mengesahkan pertemuan menentang Newcastle United di ST James Park untuk pusingan keempat Piala Carling akan dilangsungkan pada 27 Oktober 2010.. Adios!!

Read More

Sah Manuel Almunia cedera

Atikah lupa nak sebutkan pasal perkara ini mungkin kerana kecewa sangat dengan keputusan memalukan minggu lepas.. Manuel Almunia dilihat mengalami kecederaan bahu semasa beliau menjatuhkan penyerang West Brom.. Namun masih boleh memberikan aksi terbaik untuk Arsenal walaupun dikecam sesetengah fans Arsenal..

Akhirnya staf perubatan Arsenal mengesahkan yang Manuel Almunia akan terlepas penerbangan ke Serbia pertengahan minggu ini akibat kecederaan siku.. Namun Wenger masih belum memberitahu yang bila Almunia akan kembali berada di posisi penjaga gol Arsenal kembali.. Namun sementara menunggu beliau pulih berita buruk untuk fans Arsenal..

Ianya bermakna Lukasz Fabianski akan mengambil alih tugas Almunia buat sementara waktu.. Beliau melepaskan gol penyamaan mudah Spurs minggu lepas walaupun sejujurnya Keane telah pun terlebih dahulu offside.. Jadi adakah beliau mampu mengelakkan perkara sebegitu berulang kembali?? Hmm.. Kita tunggu sajalah..

Arsene Wenger juga mengakui sedang mempertimbangkan membawa bersama Kieran Gibbs ke Serbia selepas Gibbs telah kembali menjalani latihan dan akan menjalani ujian semasa berlatih hari ini.. Wenger juga sempat menambah yang kecederaan Almunia ini tidak bermaksud Fabianski ataupun penjaga gol lain yang akan mengambil takhta nombor satu Arsenal.. Adios!!
Read More

Memalukan !!

Hmm.. Atikah sebenarnya x tahu nak tulis apa.. Sebab hati nie masih panas dengan kekalahan Arsenal.. Atikah sejujurnya mahu mengakui Atikah terus je menangis bila Arsenal tewas.. Kalau kalah dengan team2 yang besar x pelah.. Nie dalam banyak-banyak pasukan West Brom yang memalukan Arsenal.. Nasiblah Nasri selamatkan maruah Arsenal dengan skor 2 gol..

Kalau x gerenti semua fans Arsenal tutup muka dengan beg plastik je untuk menahan malu.. Punca utama tewas.. Defender.. Almunia.. Kreativiti.. Chamakh.. WBA curi stail permainan Arsenal.. Tiadanya Fab4.. Itulah antara punca kekalahan penuh memalukan Arsenal.. Apa kata kita mulakan dengan pertahanan dulu..

Gandingan Squillaci dan Koscielny dilihat bakal menyaksikan Vermaelen akan berjuang habis-habisan untuk tempatnya.. Namun gandingan ini dilihat cukup mengecewakan pada perlawanan ini.. Dengan hakikat Song dan Diaby juga seakan-akan lupa untuk memberikan bantuan dan perlindungan kepada bahagian pertahanan.. Ianya telah menjadi punca mengapa Arsenal tewas..

Manuel Almunia dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan penyerang WBA.. Namun berjaya menyelamatkan sepakan penalti hanya untuk menyaksikan beliau melepaskan gol kedua yang cukup mudah untuk West Brom.. Terpaksa tidak lagi bertindak agresive setelah dilayangkan kad kuning telah menyaksikan aksi cemerlang Almunia tenggelam begitu sahaja..

Nampaknya banner tanda sokongan fans Arsenal masih belum mencukupi untuk memastikan Almunia menjadi hero Arsenal.. Tetapi sejujurnya kekalahan ini bukanlah kesalahan Almunia langsung.. Kesilapan pertahananlah yang menjadi punca utama mengapa Almunia terpaksa melihat gawangnya bocor 3 kali..

Pemain tengah Arsenal kurangnya kreativiti.. Song, Nasri, Diaby, Eboue serta Arshavin semuanya tenggelam di dalam aksi di bawah tahap sebenar Arsenal di separuh masa pertama.. Kemasukan Rosicky dan Wilshere jelas telah mengubahnya.. Namun kemasukan mereka terlambat untuk memastikan Arsenal menyelamatkan mata berharga..

Maroune Chamakh tenggelam di lautan pemain West Brom yang mencuri perhatian.. Ketiadaan passing kepadanya telah menyaksikan Chamakh tengelam timbul di lautan pemain WBA.. Beliau hampir menjaringkan gol hanya untuk menyaksikannya tersasar ataupun diselamatkan Scott Carson..

WBA sememangnya telah mengajar atau mengingatkan Arsenal bagaimana sebenarnya Arsenal bermain.. Atikah mengakui apa yang ditunjukkan WBA pada perlawanan ini sepatutnya ditunjukkan pemain Arsenal.. Bukannya pemain West Brom.. Namun West Brom memang patut mengajarnya kepada Arsenal sebelum Chelsea yang mengajarnya dengan lebih kejam lagi..

Sememangnya siapalah Arsenal tanpa kreativiti dan inspirasi Cesc Fabregas.. Arsenal kadang-kadang mampu mengatasi kehilangannya.. Namun bila gagal melakukannya.. Ianya pasti akan melukakan hati fans Arsenal dengan keputusan yang cukup mengecewakan atau memalukan.. Jadi Atikah rasa semua fans Arsenal patut fikir balik.. Adakah Arsenal sebenarnya bersedia kehilangan Fab4?? Tidak!!

Biarlah Fabregas main seteruk mana pun.. Kerana adanya Fabregas pemain Arsenal lebih berkeyakinan untuk beraksi.. Itulah faktor Arsene Wenger dan pengurusan Arsenal serta staf-staf kejurulatihan, pemain serta lagenda dan peminat tidak mahu Fabregas meninggalkan Arsenal.. Adios!!

P/S : Sorry sebab tiada post match yang sepatutnya.. Atikah rasa lebih baik kita lupakan perlawanan ini.. Kerana ianya hanya menyakitkan hati sahaja..
Read More

Samir Nasri about penalty and Wenger about Nasri diving

Samir Nasri menjawab pertuduhan Harry Redknapp yang beliau diving untuk mendapatkan penalti pertama dengan membalas supaya lihat kembali ulangan.. Bassong telah menarik bajunya.. Ini apa yang dikatakan Nasri.. "I can’t understand why there has been a debate about our first penalty on Tuesday night.. Look on television.. Bassong pulled my shirt, it was a blatant penalty and the referee gave it.. It’s as simple as that.."

Samir Nasri juga menjawab pertanyaan ramai fans Arsenal mengapa beliau tidak mengambil sepakan penalti semasa perlawanan tegang menentang Sunderland minggu lepas dengan memberitahu yang beliau teringat dengan pesanan jurulatihnya di Marseille dahulu supaya tidak mengambil sepakan penalti jika kamu dijatuhkan..

"When I was a young player I was told by one of my coaches at Marseille that, if the foul is on you, you don’t take the penalty.. I kept it in my mind, but can now see that it was wrong.. After the Sunderland game I spoke with the boss, and he told me that if it happened again I should ignore that.."

Arsene Wenger juga mempertahankan Samir Nasri dengan menegaskan yang Nasri merupakan seorang pemain yang jujur.. "Since our win at Spurs on Tuesday night, there has been talk in the media about the award of our first penalty.. If you look at the replay, you can see that Bassong clearly pulls Nasri’s shirt and the referee gives the penalty.. Samir is an honest player and to suggest he dived for the penalty is wrong.."

Arsene Wenger juga memberitahu antara sebab beliau tidak berbelanja besar adalah kerana mahu pemain-pemain mudanya mendapat lebih peluang.. Sebagai contoh musim ini Jack Wilshere mempunya cukup banyak peluang dalam kesebelasan utama.. Sementara itu Arsenal telah mengesahkan pengurangan besar-besaran dalam hutang kelab.. Adios!!
Read More