29 September 2010

We saw the Fabianski we see in training

Siapa yang sangka hari Lukasz Fabianski ataupun lebih dikenali sebagai Flappy Handski dijulang sebagai hero merupakan hari ini.. Di waktu yang tepat krisis penjaga gol Arsenal kembali menghantui selepas Almunia kembali mengalami kecederaan dan mula melakukan kesilapan mudah..

Akhirnya dunia tahu juga kenapa Atikah, Arsene Wenger dan segelintir fans Arsenal mempercayai kemampuannya.. Jika Fabianski berjaya mengeluarkan segala masalah semasa beraksi inilah apa yang mampu dilakukan Lukasz Fabianski.. Ingat itu wahai segala fans Arsenal sekalian.. Kerana anda tahu jika dia beraksi di aksi terbaiknya, dialah penjaga gol terbaik dunia..

Inilah maksud Atikah selama ini yang Fabianski mempunyai potensi penjaga gol terbaik dunia asalkan segala masalahnya berjaya diketepikan Fabianski.. Iaitu kurangnya keyakinan, teragak-agak membuat sebarang keputusan, terlalu nervous dan tidak mempunyai ketahanan mental yang baik iaitu apabila mula cemerlang tapi selepas beliau dibolosi mula menampakkan kelemahannya..

"Fabianski had a good game, we have seen the player tonight who we see in training.. He had a faultless game.. I know it is in him.. He got it out in the game tonight and hopefully that will give him the needed belief and confidence.. I am confident he will come out as a great keeper, I have always said that.. We have to keep confidence in him and he needs to gain experience from games like this.. At the moment Almunia is injured, we will have to see how his injury goes but at the moment it is too early to say.
."

Itulah apa yang dikatakan Arsene Wenger tentang prestasi yang ditunjukkan Lukasz Fabianski hari ini.. Namun apa yang pasti hampir kesemua fans Arsenal mahu Manuel Almunia digantikan dengan Lukasz Fabianski pada perlawanan penting hujung minggu ini menentang Chelsea kerana selagi Fabianski mempunyai keyakinan yang tinggi, ianya patut digunakan..

Kerana ialah penjaga gol mana ataupun pemain mana yang nak terus disisihkan selepas beraksi cemerlang selepas sering dikritik?? Ianya pasti menjatuhkan motivasi dan tahap keyakinannya.. So apa lagi, Arsene Wenger we want Lukasz Fabianski in the goal against Chelsea this weekend!! Jack Wilshere juga tidak ketinggalan memuji Fabianski..

"It's been hard for our 'keepers at the moment and that was a great reponse from him.. He made a good save at the end as well.. Fair play to him.." Menurut statistik di UEFA.com.. Fabianski yang hanya dicabar dengan 4 percubaan on target hanya melepaskan satu gol daripada 4 percubaan merbahaya Partizan iaitu dari sepakan penalti cantik Cleo..

Ianya merupakan sesuatu yang bagus memandangkan aksi menyelamat Fabianski itu telah menyelamatkan 3 mata Arsenal.. Kerana jika Fabianski melakukannya Arsenal mungkin tewas ataupun seri.. Jadi apa yang dilakukan Fabianski hari ini telah cukup untuk meletakkan sebagai hero Arsenal (sekurang-kurangnya untuk hari ini.. Namun pastinya fans Arsenal tidak mahu ianya menjadi yang terakhir..)

Jadi adakah atas apa yang dilakukannya hari ini Wenger patut mengambil perhatian dengan memberikan Fabianski jersi nombor satu Arsenal?? Pastinya fans Arsenal yang masih ada keraguan kepada Almunia mengatakan ya memandangkan Fabianski kini dilihat berada di prestasi terbaiknya..

Namun walau apa pun pilihan Wenger Atikah harap sangat ianya betul.. Cukuplah dengan kesilapan demi kesilapan beliau dalam soal penjaga golnya akhir-akhir ini.. Kerana Almunia mungkin telah melepasi zaman kemuncaknya.. Kita perlu ingat Almunia sudah berusia 33 tahun dan sewaktu usia ini kebanyakan penjaga gol tidak boleh lagi improve..

Namun Fabianski yang berusia 25 tahun masih boleh belajar dari segala kesilapannya dan improve.. Kerana di waktu inilah kebanyakan penjaga gol mula menunjukkan aksi sebenar mereka.. Adakah ini boleh menjadi hari terakhir Almunia sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal?? Mungkin ya mungkin tidak..

Namun usianya dan hakikat tidak ramai penjaga gol seusianya berada di tahap kemuncak ataupun boleh teruskan development dan improve diusia ini telah menjadi sudut negatif.. Dengan fans Arsenal telah mengalih arah dan lebih mempercayai Fabianski hari ini berbanding Almunia telah menjadi lagi satu faktor..

Namun apa yang pasti Fabianski telah membuatkan Arsene Wenger sukar membuat pilihan.. Adakah beliau akan kekal dengan Manuel Almunia sebaik beliau kembali pulih dari kecederaan atau menyisihkan Almunia akan hanya dijawap hujung minggu ini ataupun minggu depan.. Jadi kita tunggu sahajalah.. Adios!!

P/S: Akhirnya Fabianski buat Almunia x senang duduk.. Tapi adakah Wenger hanya akan buat tidak peduli dan terus meletakkan kepercayaan kepada Almunia selepas penjaga gol emasnya, Fabianski membuktikan keupyaannya dan telah berjaya menarik kepercayaan fans Arsenal terhadapnya semula..

6 comments:

Luca said...

correction..
keeper yg terbaik adalah pada usia 30+
experience senjata bagi seorang keeper
dats the fact
let alone wonderkids, because they got big talent
arsenal should buy a keeper instead of keeping talent
that is arsenal problem after david seaman era
one more problem is lack of 'fox in the box' striker like t.henry who can score 25+ goals per season
but i think chamakh can contribute more, give him time to adapt to english style

29.9.10
ZAIR13PJS said...

Jangan terlalu cepat puji..Kalau dapat save banyak untuk lawan Chelsea nanti,baru cukup bagus.

29.9.10
atikah said...

abershavin.. keeper terbaik umur 30 an?? hmm.. atikah tgk ade bape je.. x bnyk.. si buffon tu pun dh down.. kalau keeper bagus mase umur 30 an tu kebanyakannya world class keeper.. si almunia?? hmm.. lu fikirlah sendiri.. kdg2 world class kdg2 standart keeper je..

xairey.. mmglah jgn puji awal2.. tapi die berhak menerimanya selepas segala kritikan kepadanya selama ini.. harapnya fans arsenal dh start puji die dn dh mula ade konfiden ngan die, fabianski boleh teruskan aksi cemerlang die dan terus improve..

29.9.10
zizie said...

Biarkan Fabianski di kritik..fan2 arsenal berhak mengkritik dan jgn memuji terlampau sangat ..nanti pemain itu naik kepala..

29.9.10
zizie said...

Lawan chelsea menentu segalanya..Jgn di aibkan lagi seperti musim lepas.
Arsenal wajib tebus maruah..

29.9.10
ZAIR13PJS said...

Kalau dapat save banyak time lawan Chelsea nanti baru leh aku puji. Hurm.

1.10.10

Post a Comment