29 September 2010

Fabianski buktikannya dan Arsenal kembali menang

3-1.. Itulah keputusan yang dicatatkan Arsenal di Serbia.. Perlawanan yang menarik namun masih ada yang tidak kena dengan skuad Arsenal.. Mungkin hanya Atikah namun aura Fabregas tiada so corak permainan Arsenal masih menarik namun sedikit membosankan.. Arsenal boleh menang lebih awal pagi ini hanya untuk dimusnahkan penjaga gol Partizan dan barisan pertahanan mereka..

Namun pertahanan Arsenal agak bagus cuma masih melakukan kesilapan bodoh dan perlu diselesaikan segera sebelum perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini.. Namun Lukasz Fabianski akhirnya membuktikan keupayaannya dengan beraksi dengan cukup cemerlang sekali dan pastinya sedikit mengembirakan fans Arsenal..

Atikah yakin jika Almunia gagal pulih untuk aksi hujung minggu ini Fabianski yang tahap keyakinannya pasti naik atas persembahan cemerlangnya ini pasti mampu memikul tanggungjawab tersebut sebaik atau lebih baik hari ini.. Namun cuma masalahnya ialah lawannya ialah Chelsea.. Okey cukuplah sedikit sembang-sembang mari kita teruskan post match dengan kita mulakan dengan barisan kesebelasan utama..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----DJOUROU-----GIBBS
ROSICKY (C)----SONG-----DENILSON-----ARSHAVIN
WILSHERE
CHAMAKH

Wenger membuat keputusan merehatkan Koscielny, Clichy, dan Nasri dan nampaknya keputusan tersebut cukup berbaloi.. Namun Atikah masih agak tidak puas hati dengan aksi Djourou yang mengantikan Koscielny.. Kerana Djourou tidak banyak memberikan impak dan kadang-kadang beliau seperti tiada di atas padang dan sering lari dari posisinya..

Begitu juga dengan Alex Song yang lebih suka menyerang berbanding melakukan tugas kebiasaannya iaitu melindungi barisan pertahanan Arsenal.. Namun nasib baiklah ada Denilson.. Namun paling mencuri perhatian hari ini pastinya tidak lain dan tidak bukan Si Fabianski.. Kali ini beliau mencuri perhatian dengan cara yang betul.. Tapi nanti kita bincangkan pasal tu.. First thing first ialah first half game analisis..

Arsenal mendahului seawal minit ke-15 hasil jaringan daripada Andrei Arshavin yang main satu dua dengan Wilshere sebelum Wilshere yang dikeremuni pertahanan melakukan back heel kepada Arshavin yang merembat ke gawang gol Partizan untuk gol pertama perlawanan dan memberikan Arsenal pendahuluan..

Namun Partizan menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti selepas Denilson bertindak bodoh menahan bola dengan tangannya di kotak penalti.. Cleo memperdayakan Fabianski yang sebelum itu menyelamatkan keadaan semasa hantaran kebelakang Squillaci hampir sahaja memakan diri hanya untuk Fabianski yang cukup bernasib baik menyelamatkan keadaan..

Second half menyaksikan percubaan demia percubaan Arsenal diselamatkan penjaga gol Partizan.. Chamakh telah dikasari di kawasan kotak penalti dan pengadil tanpa segan silu memberikan penalti kepada Arsenal dan melayangkan kad merah kepada pertahanan Partizan yang sebelum itu telah dua kali diberikan amaran keras oleh pengadil..

Namun Arshavin yang mengambilnya mensia-siakan peluang apabila sepakannya diselamatkan penjaga gol.. Atikah agak kecewa kerana kalau x silap Atikah sebenarnya Arshavin target posisi tengah gawang.. Dan kebiasaannya penjaga gol cukup bernasib baik untuk menyelamatkannya menggunakan kakinya jika beliau telah melayangkan dirinya ke kiri atau kanan gawang..

Maroune Chamakh akhirnya memberikan pendahuluan kepada Arsenal selepas menanduk masuk gol pertamanya untuk Arsenal di tempat lawan.. Namun percubaannya diselamatakan ataupun terkena tiang namun Chamakh cukup bernasib baik bola kembali kepadanya so agak senang untuk beliau menanduk masuk bola ke gawang yang kosong..

Arsene Wenger mengeluarkan Wilshere dan Chamakh 3 minit selepas Arsenal mendahului 2-1 dengan membawa masuk Nasri dan Vela.. Kemasukan Nasri dilihat memang cukup berguna selepas corner kicknya telah menyaksikan Squillaci menanduk masuk gol ketiga Arsenal untuk mengesahkan kemenangan Arsenal..

Lebih manis gol tersebut ialah gol pertama Sebastien Squillaci untuk Arsenal sejak menyertai Arsenal semasa musim perpindahan musim panas yang lalu.. Namun selepas itu Arsenal hanya main-main dan ianya hampir memakan diri apabila Gibbs melakukan kekasaran bodoh di dalam kotak penalti..

Namun kali ini Fabianski memastikan dirinya tidak lagi diperdayakan Cleo selepas menepis keluar sepakan penalti tersebut dan mengawal corner kick dengan cukup baik sekali dan menampilkan aksi yang cukup menyakinkan sekali selepas jelas sekali sepakan penalti yang diselamatkannya telah membantu menaikkan motivasi dan keyakinannya..

Selepas itu Fabianski sekali lagi dipanggil melakukan aksi menyelamat dan beliau jelas sekali tidak menghampakan.. Persembahannya ini pastinya membuka mata fans Arsenal dan jelas sekali Fabianski merupakan pemain terbaik perlawanan.. Namun persoalan kini timbul adakah Fabianski mampu meneruskan kecemerlangannya ini dan terus konsisten??

Kerana apa yang pasti fans Arsenal pastinya gembira dengan persembahan yang ditampilkan Fabianski selepas seminggu dikritik kerana melepaskan gol mudah semasa menentang Spurs dan selepas Almunia dikritik melakukan kesilapan bodoh semasa kekalahan memalukan di Emirates Stadium kepada pasukan kerdil, West Bromwich Albion..

Jadi kini adakah anda mahu melihat Almunia terus berada di gawang Arsenal pada perlawanan menentang Chelsea jika beliau sempat pulih ataupun berikan tugas tersebut kepada Fabianski yang menampilkan aksi yang cukup mengkagumkan hari ini.. Apa-apa pun tahniah Fabianski.. Anda berhak menerima segala pujian hari ini dan berhak meraikannya..

Dan kepada semua fans Arsenal pujilah Fabianski kerana beliau berhak menerimanya.. Namun jangan bila dah dipuji, si Fabianski nie kembali kepada Flapy Handski balik dahla.. Apa yang pasti untuk hari ini (sekurang-kurangnya) tiada kritikan kepada Fabianski.. Beliau berhak menerima pujian dan ucapan tahniah dan mungkin juga pemain terbaik perlawanan.. Adios!!

2 comments:

Luca said...

hope fabianski teruskan aksi cemerlang n fabs fit utk game chelsea nanti

29.9.10
zizie said...

Go go Chamakh !!..tunjukkan taring mu lwn chelsea nanti....

29.9.10

Post a Comment