09 September 2010

Arsenal perhatikan Oriol Romeu

Arsenal bersedia untuk membalas dendam tentang kekalutan yang dilakukan Barcelona sepanjang musim perpindahan musim panas yang lalu dengan membawa pemain akademi mereka, Oriol Romue ke Arsenal seperti yang pernah dilakukan Arsenal semasa membawa Cesc Fabregas.. Oriol merupakan seorang pemain tengah bertahan yang cemerlang dalam kempen Piala Dunia U-19 yang lepas..

Dengan Oriol kini melengahkan perbincangan mengenai kontrak lanjutan selepas beliau mendapati dirinya semakin sukar menyepitkan diri di dalam skuad utama atas kehadiran Javier Mascherano, pastinya beliau akan memikirkan kemungkinan menerima tawaran dari Arsenal jika benar Wenger cukup berminat untuk membawanya ke North London..

Namun apa yang paling merisaukan fans Arsenal ialah jika Wenger membawa pemain berusia 18 tahun ini ke Arsenal untuk memberikan lebih banyak persaingan di bahagian tengah bertahan ialah Barca akan terus menghantui Arsenal jika Oriol mencipta impak besar sejak berpindah ke Arsenal.. Dan ianya jelas sekali akan menimbulkan kekacauan ke dalam kem Arsenal yang selalunya tenang..

Namun semuanya masih khabar angin.. Tetapi jika benar, Atikah harap Barca x akan bertindak kurang ajar lagi dengan cuba membawanya kembali ke Barca selepas beliau menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.. Dan satu lagi, Barca jangan haraplah boleh buli Arsenal lagi selepas apa yang dilakukan Arsenal sepanjang musim panas ini telah membuktikan Arsenal tidak akan tunduk mudah untuk melepaskan pemain.. Adios!!

1 comments:

zizie said...

Tu la beli lagi pemain dari luar..kan dah kene mcm febregas..
lagi satu yg bercelona tu pergi jual febregas tu ape pasalll....

13.9.10

Post a Comment