16 September 2010

Arsenal bedil SC Braga hasil inspirasi Fabregas

Arsenal mengajar SC Braga cara sebenar untuk bermain bola sepak selepas mudah menundukkan mereka 6-0 hasil inspirasi oleh Fabregas sekali lagi.. Perlawanan ini turut menyaksikan Fabregas telah menemui sentuhan terbaiknya dan hampir sahaja menjaringkan hatrik pertamanya namun sayangnya beliau cukup tidak bernasib baik untuk melakukannya..

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
NASRI-----SONG-----WILSHERE-----ARSHAVIN
FABREGAS
CHAMAKH

Cesc Fabregas meletakkan Arsenal di hadapan seawal minit ke-9 selepas menyempurnakan sepakan penalti selepas Maroune Chamakh dijatuhkan di kawasan penalti oleh penjaga gol lawan walaupun sebelum itu Fabregas dinafikan sepakan penalti oleh pengadil.. Fabregas dengan tenang menjaringkan gol pertamanya musim ini..

Andrei Arshavin mengukuhkan lagi kedudukan Arsenal selepas menajaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke-30 selepas menerima hantaran daripada Cesc Fabregas yang sebelum itu menewaskan dua atau tiga pemain pertahanan sebelum melorongkan bola kepada Arshavin yang merembat ke sudut tepi gawang..

Gandingan satu dua Chamakh dengan Wilshere selepas menerima umpanan cantik dari Fabregas membuahkan hasil selepas Chamakh memperdayakan penjaga gol dengan menolak masuk bola ke penjuru sebelah kanan Braga untuk kedudukan 3-0 hanya lebih kurang 4 minit selepas Arshavin meledak..

Cesc Fabregas meledakkan gol ke-50 beliau untuk Arsenal pada minit ke-53 selepas menanduk masuk bola umpanan dari Arshavin untuk memastikan Arsenal semakin sukar untuk dikejar oleh Braga yang berharap mampu meneruskan kecermelangan mereka menundukkan gergasi eropah selepas menewaskan Celtic dan Sevilla sebelum ini..

Carlos Vela muncul sebagai super-sub dan membuktikan keupayaan sebenarnya selepas meledak dua gol selepas di bawa masuk mengantikan Chamakh.. Hasil lorongan dari Arshavin, Vela mudah melantunkan bola melepas penjaga gol pada minit ke-69 sebelum meledak sekali lagi 6 minit sebelum tamat perlawanan selepas menerima umpanan cantik dari Fabregas..

Tanpa sebarang keraguan lagi Cesc Fabregas muncul sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mencipta 2 gerakan serta menjaringkan dua gol.. Ianya pasti mengembirakan fans Arsenal selepas Arsenal kembali mendapat yang terbaik daripada kapten pasukannya.. Tahniah kepada Fabregas atas gol kelima puluhnya bersama Arsenal..

Kesian Fabregas kerana gagal menjaringkan hatrik pertamanya.. Namun Atikah tabik si Fabregas yang tidak pentingkan diri walaupun cukup terdesak mahu menjaringkan hatrik pertamanya bersama Arsenal dan di dalam kariernya.. Harapnya prestasi memuaskan ini akan diteruskan.. Adios!!

9 comments:

ToYa mAt AmiN said...

he he he arsenal the best,,,
atikah sudikah kiranya saya copy penulisan atikah ni dan paste di forum saya,, dan disitu saya akan sertakan sumber nya sekali,,maksudnya
keuntungan kedua dua pihak la,,

16.9.10
zizie said...

hohooo...gile ahh..mengamuk ke apa...hahahaha....
Caya lahhh....
Jgn main belasah je,nanti kena belasah balik pulak.

16.9.10
Promaprika said...

giler power...mein biasa-biasa dh lar..
ada chan nk menang UCL nie..hehe

16.9.10
w a f f l e said...

:)

16.9.10
xairiey said...

harap Arsenal bleh kekalkan rentak.

16.9.10
saff_0ne said...

download highlight ARSENAL v Braga:
http://www.mediafire.com/?gie9o938u0gkpvd

16.9.10
shahril said...

gandingan mantap tahun ini....chamakh,vela dan fabregas...syukur alhamdulliahlah...

16.9.10
Labrat said...

lega tul.....

17.9.10
Promaprika said...

kt ne nk dnlot highlight² yang membabitkan game arsenal nih..

17.9.10

Post a Comment