12 September 2010

Kapten inspirasi kembali

Perlawanan yang penuh kontroversi namun Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 terima kasih kepada kapten, Cesc Fabregas yang semakin kembali ke prestasi terbaiknya.. Namun apa yang penting Fabregas telah mengotakan janjinya kepada peminat bahawa beliau akan beraksi lebih baik semasa perlawanan menentang Bolton dan beliau mengotakannya..

Walaupun tidak menjaringkan gol dan tidak beraksi sebaik musim lepas.. Namun keempat-empat gol yang dijaringkan Arsenal semuanya berpunca daripada gerakan yang dimulakan oleh Fabregas.. Atikah yakin hari ini ramai fans Arsenal yang berpuas hati dengan persembahan baik dari Fabregas.. Itulah Atikah dah cakap, Fabregas akan kembali ke Fabregas yang kita kenali.. Lain kali janganlah sama sekali meragui komitmen Fabregas..

Ini ialah apa yang dikatakan Wenger mengenai persembahan kapten pasukannya.. I have seen a few good performances from him and it is difficult to compare them.. I don't deny that there was a Barcelona story but I was always convinced he really loves Arsenal and he loves to play football.. We play the game he loves to play and the game turns around him.. He grew up in this team and to make this team win will be a bigger achievement than anything else for Fabregas.."

Okey sebelum Atikah mula post match.. Atikah nak beritahu tentang kecederaan Abou Diaby.. Menurut Wenger setakat ini Diaby tidak mampu mengerakkan kakinya selepas beliau diterjah Robinson pada perlawanan semalam.. Atikah harap keputusan x-ray tidak akan memberikan berita buruk lagi untuk kem Arsenal..

ALMUNIA
EBOUE-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----GIBBS
SONG-----WILSHERE
ROSICKY-----FABREGAS------ARSHAVIN
CHAMAKH

Koscielny menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal selepas hantaran lintang Wilshere kepada Fabregas, menyaksikan Fabregas memperdayakan penjaga gol dengan menghantar bola tersebut kepada Koscielny yang siap sedia menanti di hadapan pintu gol.. Koscielny hanya menolak masuk bola tersebut selepas penjaga gol telah pun terpedaya dengan passing Fabregas..

Namun 3 peluang oleh Arshavin dipersia-siakan Arshavin yang Atikah akui Arshavin beraksi cemerlang namun hakikat beliau cukup bodoh di hadapan pintu gol cukup mengecewakan Atikah terutama sekali selepas John Elmander menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama..

Fabregas sekali lagi membuktikan kehebatannya selepas melakukan hantaran lintang yang cantik kepada Maroune Chamakh yang menanduk masuk bola melepasi penjaga gol yang gagal untuk menepis keluar bola dari tandukan padu Chamakh.. Sejurus selepas gol keseribu Arsenal di bawah Arsene Wenger tersebut, Abou Diaby masuk mengantikan Jack Wilshere..

Namun hanya beberapa minit selepas Diaby di bawa masuk.. Colin Lewin telah memberitahu kepada Wenger yang Diaby tidak boleh meneruskan perlawanan selepas diterjah keras pemain Bolton.. Jadi Denilson pula di bawa masuk untuk mengantikan Diaby yang pastinya akan menambah lagi senarai pemain Arsenal yang cedera..
Alexander Song menjaringkan gol pertamanya musim ini dari sudut sukar menewaskan Bogdan selepas menerima passing dari Arshavin yang menerima bola dari Cesc Fabregas.. Chamakh dibawa keluar untuk membawa masuk Vela dan Vela menunjukkan kepada Gun10 yang beliau pun boleh main di posisi serangan tengah selepas meledak gol dalam situasi one on one..

Hasil hantaran cantik Fabregas, Vela hanya perlu menumpaskan Bogdan dan beliau melakukannya dengan penuh tenang.. Dan dalam masa yang sama juga menunjukkan kepada Arshavin macam mana nak menjaringkan gol dalam situasi tersebut.. Hanya tenang, menggunakan kepantasan dan tipu penjaga gol..

Gandingan Squillaci dan Koscielnya cukup cemerlang dengan bagi Atikah Koscielny pemain yang cukup patut diberikan pujian yang cukup tinggi kerana persembahannya cukup cemerlang dan banyak kali mengeluarkan bola dari gerakan set piece dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vermaelen dengan cemerlang sekali..

Sementara Squillaci pula menunjukkan segala pengalamannya dengan menampilkan aksi tenang walaupun diasak pemain Bolton.. Squillaci juga hampir sahaja menjaringkan gol pertamanya dalam debutnya pada perlawanan semalam.. Atikah rasa pemain terbaik perlawanan semalam cukup layak diberikan kepada Cesc Fabregas.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment