11 September 2010

Pre Match : Arsenal VS Bolton

Arsenal akan menerima kunjungan Bolton malam ini pada pukul 9.55 malam ini yang akan disiarkan secara langsung di Astro Supersport.. Namun perlawanan malam ini dilihat akan menjadi malam Fabregas selepas RVP dan Walcott masing-masing injured dan Fabregas perlu kembali membuktikan keupayaannya untuk menginspirasikan Arsenal..

Namun Fabregas telah bercakap dengan majalah rasmi Arsenal dan memberitahu yang dia cukup sedar keterukkannya semasa beraksi menentang Blackburn tempoh hari dan menegaskan fans Arsenal tidak perlu memberitahu bagaimana beliau beraksi dan beliau juga mengakui beliau beraksi di bawah tahap sebenar..

Atikah harap Fabregas akan kembali ke tahap sebenarnya kembali terutama sekali RVP dan Walcott masing-masing mengalami kecederaan hanya untuk mengembirakan fans Arsenal ialah Samir Nasri akan kembali menyertai pasukan pada perlawanan ini namun mungkin hanya sebagai pemain simpanan..

Menambahkan lagi kesedihan fans Arsenal ialah apabila Thomas Vermaelen kembali dengan masalah kecederaan Achilles.. Namun berita baiknya ialah kecederaan Vermaelen tidak memerlukan pembedahan dan kecederaan tersebut tidak seteruk mana dan beliau akan kembali bersama pasukan semasa menentang Braga minggu depan..

Kecederaan Vermaelen telah membuka pintu untuk Sebastien Squillaci membuat debutnya bersama skuad Arsenal setelah cemerlang dalam tempoh 90 minit bersama skuad simpanan Arsenal.. Apa yang pasti fans Arsenal pasti mengharapkan yang Squillaci mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vermaelen..

ALMUNIA
SAGNA-----KOSCIELNY-----SQUILLACI-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DIABY
ROSICKY-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Ini merupakan bayangan kesebelasan utama pada perlawanan ini.. Kekosongan yang ditinggalkan Walcott pastinya mampu diisi Tomas Rosicky yang dilihat sudah kembali ke prestasi terbaiknya semula.. Dan kekosongan yang ditinggalkan RVP pula pastinya mampu diisi Chamakh yang berkerja keras setiap perlawanan..

Atikah harap perlawanan ini akan memberikan kejayaan kepada Arsenal dan memberikan hadiah hari raya kepada kesemua peminat dan pemain beragama Islam.. So good luck Arsenal dan tewaskan Bolton.. Ianya akan jadi lebih dramatik kalau si Wilshere yang menjadi titik punca kejayaan Arsenal menewaskan Bolton yang mana Wilshere merupakan pemain kesayangan fans Bolton semasa tempoh pinjamannya.. Adios!!

4 comments:

w a f f l e said...

thnx 4 ur post :)

11.9.10
Saiful Izuan's said...

Aku rase agak sukar untuk mempercayai wenger akan menurunkan gandingan KOSCIELNY-SQUILLACI. Ini kerana wenger x akan memperjudikan barisan pertahanan dgn gandingan yang blum pernah digandingan.. Kemungkinan Song akan berada di posisi CB bersama-sama salah seorang dari mereka.. Tempat Song DM boleh diambil oleh Denilson @ Diaby

11.9.10
atikah said...

saiful izuan.. sebenarnya wenger sendiri dh akui yg squillaci akn main lps mengakui yg squillaci dh bersedia.. lagi pun wenger kata lagi squillaci dh cukup berpengalaman utk memastikan segala-galanya berjalan lancar.. lagi pun kalau awk fans setia arsenal.. pasti anda tahu yg wenger selalu memperjudikan sesuatu.. ataupun lebih tpt buat experiment..

11.9.10
zizie said...

tak sabar nk tgk arsenal nk jumpe dengan Chelsea & Manchester United..
Pasti mencabarrrr............

13.9.10

Post a Comment