21 September 2010

Pre Match : Arsenal VS Tottenham Hotspurs

Arsenal akan menentang Tottenham Hotspurs dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Carling dengan Arsenal seperti kebiasaannya bakal menurunkan gandingan pemain skuad simpanan dengan gandingan pemain skuad utama yang jarang mendapat peluang untuk beraksi.. Sementara Spurs mungkin akan menurunkan beberapa pemain bintang mereka..

Redknapp memberikan petunjuk yang beliau akan menurunkan pemain baru Sandro, pemain bintang, Giovani Dos Santos, Wilson Palacios, David Bentley dan Nico Kranjcar.. Walau siapa pun yang diturunkan Spurs, pemain Arsenal perlu memalukan mereka dan membuktikan Arsenal masih pasukan terbaik dan terhebat di Utara London..

Lukasz Fabianski tanpa sebarang keraguan lagi akan diturunkan pada perlawanan ini.. Fans Arsenal dijangka akan melihat aksi terbaik daripada Fabianski yang meminta satu lagi peluang dan mentargetkan aksi di pusingan ketiga Piala Carling ini peluang untuk beliau membuktikan kemampuannya.. Adakah Fabianski berjaya melakukannya atau sebaliknya?? Marilah kita sama-sama saksikannya..

FABIANSKI
EBOUE-----DJOUROU-----NORDTVEIT-----GIBBS
LANSBURY-----RANDALL-----HENDERSON-----VELA
EMMANUEL-THOMAS-----SUNU

Berikut ialah barisan kesebelasan utama yang Atikah jangka akan diturunkan Arsene Wenger pada perlawanan ini.. Namun masih belum ada kepastian kerana Wenger seperti kebiasaannya tidak pernah memberikan sebarang klu siapa yang akan bermain sehinggalah pada beberapa jam sebelum perlawanan.. Perlawanan ini akan disiarkan pada pukul 2.40 pagi ini.. Siaran langsung di Astro Supersports 2 channel 816.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment