21 September 2010

First kompetitif match for Arsenal Ladies

Arsenal Ladies yang tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif selama 4 bulan bakal menerima cabaran kompetitif mereka pada musim baru selepas berkunjung ke Serbia untuk perlawanan pertama UEFA Women's Champions League peringkat kalah mati malam ini hanya beberapa jam awal sebelum skuad lelaki Arsenal menentang musuh tradisi, Tottenham awal pagi nanti..

Arsenal Ladies hanya berlatih bersama-sama buat pertama kalinya dalam masa 4 hari sahaja memandangkan jadual perlawanan antarabangsa cukup ketat sekali untuk peringkat kelayakan Piala Dunia di Jerman tahun hadapan.. Namun dengan hakikat Arsenal sering secara minimum sering sampai ke peringkat suku akhir, ianya pasti akan banyak membantu pasukan..

Arsenal Ladies pastinya menjadi taruhan terbaik England untuk memastikan pasukan dari England beraksi di pentas final di Stadium Wembley selain daripada naib juara, Everton yang tidak pernah lagi mencapai keputusan yang menakjubkan seperti skuad Arsenal Ladies di peringkat domestik mahupun di pentas Eropah..

Skuad Arsenal Ladies pastinya berharap penyerang prolifik, Julie Fleeting cergas untuk perlawanan malam ini selain daripada mengharapkan penyerang baru, Ellen White mampu mengekalkan prestasi terbaiknya.. Kapten Arsenal Ladies, Faye White telah menolak dakwaan yang pemain Arsenal Ladies berdepan masalah tentang tahap kecergasan mereka..

Kebanyakan pemain tonggak utama Arsenal telah mewakili skuad kebangsaan masing-masing dan pastinya masalah kecergasan tidak akan timbul.. Namun masalah ketidak serasian pasukan mungkin akan timbul memandangkan pemain baru tidak termasuk Ellen White iaitu Jordan Nobbs dan Steph Houghton masih belum pernah beraksi bersama pemain skuad Arsenal Ladies..

Pengurus pasukan, Laura Harvey mengakui beliau mempunyai masalah untuk memilih barisan terkuatnya pada perlawanan ini kerana sepanjang kempen pra musim beliau sukar untuk memilih barisan terbaiknya akibat jadual perlawanan persahabatan dan masalah kecederaan.. Walau apa-apa pun semoga berjaya kepada skuad Arsenal Ladies yang akan terbang ke Serbia untuk menentang ZFK Masinac pada pukul 10.30 malam ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment