27 September 2010

Sah Manuel Almunia cedera

Atikah lupa nak sebutkan pasal perkara ini mungkin kerana kecewa sangat dengan keputusan memalukan minggu lepas.. Manuel Almunia dilihat mengalami kecederaan bahu semasa beliau menjatuhkan penyerang West Brom.. Namun masih boleh memberikan aksi terbaik untuk Arsenal walaupun dikecam sesetengah fans Arsenal..

Akhirnya staf perubatan Arsenal mengesahkan yang Manuel Almunia akan terlepas penerbangan ke Serbia pertengahan minggu ini akibat kecederaan siku.. Namun Wenger masih belum memberitahu yang bila Almunia akan kembali berada di posisi penjaga gol Arsenal kembali.. Namun sementara menunggu beliau pulih berita buruk untuk fans Arsenal..

Ianya bermakna Lukasz Fabianski akan mengambil alih tugas Almunia buat sementara waktu.. Beliau melepaskan gol penyamaan mudah Spurs minggu lepas walaupun sejujurnya Keane telah pun terlebih dahulu offside.. Jadi adakah beliau mampu mengelakkan perkara sebegitu berulang kembali?? Hmm.. Kita tunggu sajalah..

Arsene Wenger juga mengakui sedang mempertimbangkan membawa bersama Kieran Gibbs ke Serbia selepas Gibbs telah kembali menjalani latihan dan akan menjalani ujian semasa berlatih hari ini.. Wenger juga sempat menambah yang kecederaan Almunia ini tidak bermaksud Fabianski ataupun penjaga gol lain yang akan mengambil takhta nombor satu Arsenal.. Adios!!

2 comments:

matnor_gunners said...

auduyai... bis la klu fabianski ambil alih tmpat almunia, dah la nk lawan chelsea lak tu...

27.9.10
kareem said...

konpem kalah mlm ni fabianski main

28.9.10

Post a Comment