03 September 2010

Arsenal Ladies menang friendly match keempat

Arsenal Ladies mencatatkan kemenangan keempat mereka di dalam perlawanan persahabatan menentang Oxford City walaupun beraksi tanpa ramai tonggak utama pasukan yang sedang menjalankan tugas di pentas antarabangsa.. Namun ianya tidak menghalang dari Arsenal mencatatkan kejayaan 7-0 walaupun hanya di ketuai Lauren Bruton dan Daniella Carter dari skuad utama untuk memimpin pemain simpanan skuad Arsenal Ladies..

Perlawanan ini telah dibimbing jurulatih skuad simpanan dan bekas pengurus pasukan Ladies Arsenal, Tony Gervaise yang mahu menyiapkan pasukannya sebelum kempen baru bermula hujung minggu ini walaupun pemain utama hanya akan memulakan kempen musim baru pada Mac depan tidak termasuk aksi peringkat Eropah yang masih dijalankan pada bulan September..

Penjaga gol ketiga skuad utama Ladies, Sarah Quantrill di berikan peluang untuk beraksi pada perlawanan ini selepas acap kali diketepikan oleh penjaga gol utama yang jauh berpengalaman iaitu Emma Byrne dan rakan senegaranya yang muda setahun iaitu Rebecca Spencer.. Dan Sarah pastinya mahu membuktikan kehebatannya dan berharap diberikan peluang oleh bekas pengurusnya yang kini melatih skuad utama Ladies, Laura Harvey..

Pemain ladies Arsenal beraksi hambar buat seketika semasa perlawanan baru bermula selepas sering melakukan hantaran-hantaran yang tidak kemas.. Namun mereka membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan mereka selepas berjaya meledak gol pembukaan pada minit ke-15..

Gol tersebut hasil daripada penyerang muda skuad utama, Daniella Carter yang turut meledak 4 gol pada perlawanan ini untuk terus membuktikan mengapa Laura Harvey tidak ragu-ragu memberikan beliau peluang beraksi bersama skuad utama sepanjang musim yang lepas terutama sekali semasa penyerang mahupun tonggak utama pasukan dilanda kecederaan mahupun pergantungan perlawanan..

Alexa Passingham, voli cantik dari Hannah Short serta gol dari Lara Fay melengkap kejayaan 7-0 Arsenal Ladies.. Ianya terus membuktikan walaupun diketuai pasukan muda yang beraksi di liga simpanan, Arsenal Ladies masih boleh mencipta kemenangan dan terus mengekalkan reputasi skuad ladies sebagai pasukan paling digeruni di England.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment