23 September 2010

Rosicky about wilshere, penalty & wenger

Tomas Rosicky memuji pemain terbaik perlawanan menentang Tottenham Hotspurs tempoh hari iaitu Jack Wilshere.. Menurut Rosicky Wilshere ada sesuatu yang istimewa dan beliau mempunyai masa depan yang cukup cerah selepas jelas kagum dengan aksi cemerlang yang ditampilkan Wilshere tempoh hari..

"He is great talent.. For his age he has a great brain and he has a great future.. When he has got the ball he is very calm, that’s something that sometimes younger guys don’t have – they panic a little bit or something.. With him you don’t see that though – he is very comfortable with the ball.. That’s the first quality you are looking for and he has got that.. Obviously we want Cesc in our line-up but all players who started [at Tottenham] showed that they are ready.."

Atikah harap Wilshere mampu meneruskan kecemerlangannya ini dan terus konsisten.. Kerana jelas sekali permainan Wilshere masih belum konsisten.. Contohnya semasa menentang Liverpool bulan Ogos yang lalu di mana beliau menjadi punca utama Arsenal ketinggalan 1-0 walaupun Joe Cole telah dibuang padang..

Wilshere memang bagus dan cukup berbakat.. Namun masih banyak yang perlu dipelajarinya.. Namun apa yang pasti selagi sampai waktu itu di mana selagi Nasri, Wilshere serta Ramsey masih belum boleh mengisi tempat Fabregas, selagi itulah kita kena pertahankan Fabregas walaupun Fabregas telah memberitahu sekali lagi dia masih gembira di Arsenal..

Tapi sejujurnya walaupun beliau mahu kembali ke Barca.. Komitmennya terhadap Arsenal memang tidak akan sama sekali boleh dipertikaikan.. Dan Fabregas telah membuktikannya hasil permainan cemerlangnya semasa bulan September hanya untuk dikecewakan dengan masalah hamstring..

Tomas Rosicky telah mengesahkan yang beliau tidak akan ambil sebarang sepakan penalti lagi selepas ini setelah menyaksikan Samir Nasri tidak mensia-siakan peluangnya semasa menentang Spurs tempoh hari.. Namun Rosicky mengakui yang beliau terpaksa mengambilnya kerana Nasri dan Chamakh tidak bersedia..

"He [Nasri] took both penalties great so I think [I will stand down].. I took the ball [against Sunderland] and spoke with Samir and Maroune Chamakh and they both weren’t sure about it - so I said I will take it.. But Samir took them well against Tottenham so that’s the end of the story I would say.."

Rosicky kemudian menambah yang beliau sebenarnya tidak sedar yang Arsene Wenger sebenarnya menyaksikan perlawanan menentang Spurs dari director box bukan di tempat kebiasaannya di bangku simpanan.. Ianya akibat beliau terlalu fokus mengetuai pasukannya dan mungkin juga kerana beliau mahu membalas kekecewaan terlepas sepakan penalti minggu lepas..

"I honestly didn’t even know he wasn’t on the bench.. It’s difficult sometimes because you are concentrating on the game - but honestly I didn’t even know he was suspended.. I only found out during half time. Before the game and during half time he was there of course.." Adios!!

0 comments:

Post a Comment