Ian Wright 'Jangan salahkan penjaga gol'

Ianya sebenarnya salah Arsene Wenger kerana gagal memberikan persaingan kepada barisan penjaga golnya.. Hakikat Almunia terlalu selesa di kem Arsenal kerana beliau tahu beliau akan dipilih beraksi pada setiap perlawanan kecuali Piala Carling dan mungkin juga Piala FA telah menjadi faktor utama.. Atikah memang setuju.. Kerana ianya sememangnya tidak bagus untuk mana-mana pemain..
Kerana persaingan yang sihat akan menyaksikan setiap pemain akan berusaha keras mengekalkan tempat mereka dan memastikan pemain back up mereka terus menjadi pilihan kedua.. Sedangkan Fabregas yang sah-sah akan dipilih Arsenal pun mengakui perlu berusaha keras untuk memastikan pemain seperti Ramsey dan Wilshere tidak mengetepikannya.. Inikan pula posisi lain..
Sebagai contoh.. Sagna akan berentap dengan Eboue di posisi bek kanan.. Clichy pula dengan Gibbs.. Vermaelen ada Koscielny di belakangnya sementara Squillaci dan Djourou serta Nordtveit menambahkan cabaran.. Song ada Denilson mahupun Diaby.. Nasri kini ada Walcott.. Van Persie ada Chamakh serta Bendtner.. Arshavin pula ada Vela ataupun Wilshere ataupun yang terbaru Lansbury yang cemerlang tempoh hari..
Namun posisi penjaga gol.. Dah sah-sah Almunia nombor satu.. Fabianski nombor dua sementara Mannone dan Szczesny masing-masing pilihan ketiga ataupun keempat.. Jadi itulah faktor mengapa penjaga gol Arsenal terlalu selesa sehinggakan kadang-kadang tidak belajar dari kesilapan walaupun Mannone dan Szczesny masing-masing cuba memberikan saingan kepada Aluminia dan Fab21..
Namun kedegilan Wenger untuk terus mengharap kepada Almunia dan Fabianski serta kurang berminat memberikan peluang kepada Mannone dan Szczesny kecuali terdesak telah menjadi salah satu lagi faktor.. Apa kata kita kenang kembali zaman kegemilangan penjaga gol Arsenal dahulu.. Siapa pilihan siapa back upnya..



Mungkin jika ada persaingan pasti Wenger tidak perlu dipaksa peminat lagi dari mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli penjaga gol baru.. Bagi Atikah persaingan mampu membuatkan seseorang berasa dirinya terancam dan bermotivasi untuk mengekalkan tempatnya dan memberikan persembahan terbaik.. Adios!!
3 comments:
dah memang penjaga gol ys salah.Jgn cube nk pertikaikan.zizie sokong pendapat George Graham – Arsenal perlu keeper yang luar biasa…”.
28.9.10Mojoriti semua sokong yg arsenal kene beli keeper baru..
Kalau lah Alex Furgusen yg latih Arsenal..haaa...tau la akibatnye keeper arsenal yg tak bagus di buang.Nk cam tu ke wahai keeper arsenal sekalian.
alex ferguson latih arsenal?
29.9.10hahaha
lu wat lawak la
kalo fergie manage arsenal, xkan ada 'art' dlm game arsenal
wenger is da true art
Gua bukan wat lawak la bro.Bagus lah kalau tak de art dlm game arsenal.
29.9.10Bukan nye boleh pakai pun stategi Wenger tuu..
Lagi boleh arsenal membawa kejayaan terus..trofi menduyun-duyun..
Lu cube pikir,memang betul ape.
Post a Comment