28 September 2010

Ian Wright 'Jangan salahkan penjaga gol'

Lagenda Arsenal dan bekas pemegang rekod jaringan Arsenal sepanjang zaman sebelum ianya dipecahkan Henry iaitu Ian Wright menegaskan yang fans Arsenal tidak boleh sama sekali menyalahkan Manuel Almunia tentang kekalahan memalukan Arsenal minggu lalu dan menuding jari jika Lukasz Fabianski melakukan perkara yang sama malam ini (di mana pastinya fans Arsenal berharap beliau tidak akan lakukannya..)

Ianya sebenarnya salah Arsene Wenger kerana gagal memberikan persaingan kepada barisan penjaga golnya.. Hakikat Almunia terlalu selesa di kem Arsenal kerana beliau tahu beliau akan dipilih beraksi pada setiap perlawanan kecuali Piala Carling dan mungkin juga Piala FA telah menjadi faktor utama.. Atikah memang setuju.. Kerana ianya sememangnya tidak bagus untuk mana-mana pemain..

Kerana persaingan yang sihat akan menyaksikan setiap pemain akan berusaha keras mengekalkan tempat mereka dan memastikan pemain back up mereka terus menjadi pilihan kedua.. Sedangkan Fabregas yang sah-sah akan dipilih Arsenal pun mengakui perlu berusaha keras untuk memastikan pemain seperti Ramsey dan Wilshere tidak mengetepikannya.. Inikan pula posisi lain..

Sebagai contoh.. Sagna akan berentap dengan Eboue di posisi bek kanan.. Clichy pula dengan Gibbs.. Vermaelen ada Koscielny di belakangnya sementara Squillaci dan Djourou serta Nordtveit menambahkan cabaran.. Song ada Denilson mahupun Diaby.. Nasri kini ada Walcott.. Van Persie ada Chamakh serta Bendtner.. Arshavin pula ada Vela ataupun Wilshere ataupun yang terbaru Lansbury yang cemerlang tempoh hari..

Namun posisi penjaga gol.. Dah sah-sah Almunia nombor satu.. Fabianski nombor dua sementara Mannone dan Szczesny masing-masing pilihan ketiga ataupun keempat.. Jadi itulah faktor mengapa penjaga gol Arsenal terlalu selesa sehinggakan kadang-kadang tidak belajar dari kesilapan walaupun Mannone dan Szczesny masing-masing cuba memberikan saingan kepada Aluminia dan Fab21..

Namun kedegilan Wenger untuk terus mengharap kepada Almunia dan Fabianski serta kurang berminat memberikan peluang kepada Mannone dan Szczesny kecuali terdesak telah menjadi salah satu lagi faktor.. Apa kata kita kenang kembali zaman kegemilangan penjaga gol Arsenal dahulu.. Siapa pilihan siapa back upnya..

David Seaman iaitu lagenda penjaga gol Arsenal.. Walaupun akan terus dipilih beliau akan terus diasak back upnya, Alex Manninger yang kini bersama Juventus.. Ianya pastinya membuatkan Seaman x senang duduk dan terus memberikan aksi terbaiknya untuk memastikan Manninger terus terkecewa..

Manuel Almunia pernah membuktikan beliau cukup bagus untuk jadi penjaga gol nombor satu Arsenal setelah mengetepikan saingan Jens Lehmann yang bergelut dengan prestasi dan kecederaannya.. Jika Almunia boleh tewaskan Lehmann kenapa beliau tiba-tiba sahaja jadi penjaga gol yang boleh diharap Arsenal selepas itu menjadi penjaga gol yang x boleh diharap??

Jawapannya ialah Lukasz Fabianski.. Fabianski tidak memberikan cabaran yang sepatutnya diberikan beliau kepada Almunia kecuali semasa awal-awal kariernya di Arsenal di mana beliau memberikan tekanan kepada Almunia selepas menunjukkan potensinya semasa Piala Carling sebelum mula kehilangan punca dan mula melakukan kesilapan dan terlalu tertekan..

Mungkin jika ada persaingan pasti Wenger tidak perlu dipaksa peminat lagi dari mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli penjaga gol baru.. Bagi Atikah persaingan mampu membuatkan seseorang berasa dirinya terancam dan bermotivasi untuk mengekalkan tempatnya dan memberikan persembahan terbaik.. Adios!!

3 comments:

zizie said...

dah memang penjaga gol ys salah.Jgn cube nk pertikaikan.zizie sokong pendapat George Graham – Arsenal perlu keeper yang luar biasa…”.
Mojoriti semua sokong yg arsenal kene beli keeper baru..
Kalau lah Alex Furgusen yg latih Arsenal..haaa...tau la akibatnye keeper arsenal yg tak bagus di buang.Nk cam tu ke wahai keeper arsenal sekalian.

28.9.10
Luca said...

alex ferguson latih arsenal?
hahaha
lu wat lawak la
kalo fergie manage arsenal, xkan ada 'art' dlm game arsenal
wenger is da true art

29.9.10
zizie said...

Gua bukan wat lawak la bro.Bagus lah kalau tak de art dlm game arsenal.
Bukan nye boleh pakai pun stategi Wenger tuu..
Lagi boleh arsenal membawa kejayaan terus..trofi menduyun-duyun..
Lu cube pikir,memang betul ape.

29.9.10

Post a Comment