09 September 2010

Good and bad news for Arsenal camp

Ketakutan fans Arsenal akhirnya menjadi kenyataan selepas staf perubatan Arsenal mengesahkan yang Theo Walcott akan mengikut jejak langkah Robin Van Persie yang turut mengalami kecederaan buku lali kembali semula ke dalam pasukan pada bulan Oktober selepas keputusan x-ray telah mengesahkan yang kecederaan Walcott lebih teruk dari yang dijangka..

Namun berita baiknya ialah Samir Nasri sedang bertarung hebat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Theo Walcott selepas beliau membuat perkembangan mengejutkan dalam proses pemulihannya dan staf perubatan Arsenal sudah bersiap sedia untuk memberikan lampu hijau kepada Nasri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Walcott..

Wenger mengakui tackle yang dilakukan pemain Switzerland cukup teruk.. Dan ianya pasti menyedihkan fans Arsenal yang mula seronok dengan prestasi terkini Theo Walcott.. Harapnya Walcott mampu mengekalkan prestasinya semasa pulang nanti kerana sudah semestinya fans Arsenal mengharapkan beliau akan terus improve dan menjadi lagenda pemilik jersi no. 14 yang seterusnya..

Nasri pula menurut Wenger akan kembali menjalani latihan pada hari Jumaat.. Namun Wenger agak keberatan untuk menurunkan beliau pada perlawanan menentang Bolton.. Namun apa yang pasti Nasri akan kembali di dalam kesebelasan utama pada perlawanan pertama Champions League menentang Braga..

Sebastien Squillaci, Denilson dan Johan Djourou masing-masing kini sudah bersedia untuk beraksi menentang Bolton hari sabtu ini.. Sementara itu Bendtner pula dijangka kembali dalam tempoh 3 ke 4 minggu lagi dan ianya bermaksud beliau hanya akan kembali sama ada penghujung September mahupun awal Oktober..

Kenyataan Aaron Ramsey yang mengatakan yang beliau berada di landasan yang tepat untuk kembali telah diakui Wenger selepas Wenger mengakui yang Ramsey kini sudah berlari-lari dan berada dalam proses pemulihan yang normal.. Namun Wenger masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan proses pemulihan Ramsey..

Nampaknya kekosongan yang ditinggalkan Walcott minggu ini pastinya bakal di ambil alih Jack Wilshere yang akan menentang bekas pasukan pinjamannya.. Namun apa yang Atikah harap ialah kecederaan berpanjangan Walcott dan RVP ini tidak akan dirasai dan diharapkan siapa yang dipertanggugjawabkan mengantikan posisi mereka akan melakukan tugas dengan baik..

Dan Atikah juga berharap yang Fabregas akan kembali kepada kapten inspirasi Arsenal pada perlawanan menentang Bolton hujung minggu ini dan Atikah percaya kecederaan Walcott dan RVP akan sedikit sebanyak tidak akan menganggu perkembangan cemerlang kem Arsenal sepanjang 3 perlawanan awal liga jika Fabregas kembali menjadi Fabregas yang dulu kembali..

Sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Atikah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Atikah memohon maaf jika ada silap dan salah, terkasar bahasa dan sebagainya.. So Selamat Hari Raya dan stay safe dan jangan lupa game Arsenal VS Bolton hari sabtu ini.. Adios!!

P/S : Selamat Hari Raya kepada Bacary Sagna, Gael Clichy, Abou Diaby, Samir Nasri, Robin Van Persie, Maroune Chamakh dan x lupa jugak kepada Armand Traore yang kini menyambut hari raya di Itali bersama pasukan Juventus..

2 comments:

Aidil Asyraf said...

bacary sagna,gael clichy,abou diaby,samir nasri ,robin van persie,morouane chamakh dan armand traore uslam ke??

10.9.10
atikah said...

aidil mmglah mereka semua tu org islam.. tetapi si RVP tu ntahla.. tapi isteri dia org islam.. so Atikah ambik kira skalilah..

10.9.10

Post a Comment