08 September 2010

Theo Walcott take double award for August

Theo Walcott yang kini merisaukan fans Arsenal dengan kecederaan terbarunya namun apa yang pasti bukan kecederaan yang mampu menjadikan ianya mimpi ngeri iaitu kecederaan bahu selepas hanya mengalami kecederaan di buku lali kanannya dengan Walcott memberitahu dia akan kembali kurang dari tempoh dua minggu, telah memenangi dua anugerah untuk bulan Ogos..

Theo Walcott memenangi anugerah pemain terbaik bulan Ogos untuk Arsenal dengan perbezaan yang cukup ketara selepas mengutip sejumlah 87.6% meninggalkan rakan sepasukannya yang lain.. Beliau turut serta memenangi anugerah gol bulan Ogos hasil gol pertamanya menentang Blackburn dimana jaring gol terkoyak hasil rembatan Walcott yang dilihat mula menunjukkan aura jersi nombor 14..

Tomas Rosicky yang merencanakan gerakan Arsenal semasa ketiadaan Fabregas yang masih bergelut untuk kembali ke prestasi terbaiknya telah diundi fans Arsenal sebagai pemain kedua terbaik untuk bulan Ogos selepas mengutip undian sebanyak 4%.. Rosicky menewaskan pemain baru Maroune Chamakh yang berada di tempat ketiga..

Maroune Chamakh mengutip undian sebanyak 3% untuk berada di tempat ketiga pemain terbaik bulan Ogos selepas beliau memaksa Pepe Reina menjaringkan gol sendiri semasa perlawanan kompetitif pertamanya bersama Arsenal dan menjaringkan gol debutnya pada perlawanan kompetitif pertamanya di Emirates Stadium..

Jadi tahniah kepada Theo Walcott atas kejayaan ini.. Harapnya beliau akan tercalon untuk memenangi anugerah pemain terbaik bulanan Barclays.. Dan Atikah harap Walcott akan cepat sembuh dan kecederaannya tidaklah seteruk mana.. Namun apa-apa pun biarlah staf perubatan Arsenal melihat dahulu tahap kecederaannya sebelum kita buat apa-apa rumusan.. Adios!!

3 comments:

Dial-Square said...

Walcott menang 3 'award' sebenarnya....satu lagi injed...tu pun award gak tu....tak penah gagal...balik wakili England...injed tak penah tinggal

8.9.10
zizie said...

Anugerah ini bukan nye penting sangatt...yg penting trofii..
sbb dah lame arsenal tak menang ape2

8.9.10
atikah said...

atikah langsung x setuju zizie.. award tu boleh meransang semangat pemain utk teruskan aksi cemerlang.. walaupun kejuaraan berpasukan lebih besar dari individu, namun kejuaraan individu itu sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat pemain..

8.9.10

Post a Comment