2010 Summer Transfer is Officially Close
Akhirnya pintu perpindahan telah pun ditutup.. Pada hari terakhir pintu perpindahan, 3 perjanjian membabitkan Arsenal telah diselesaikan di mana Nacer Barazite dan Armand Traore sah meninggalkan Arsenal secara pinjaman semusim dan Arsenal telah menandatangani pemain Jepun berusia 17 tahun Ryo Miyaichi..Sepanjang musim perpindahan di buka, Arsenal telah melengkapkan 3 perpindahan iaitu membabitkan Maroune Chamakh, Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci.. Di mana sebanyak 5 pemain Arsenal musim lepas meninggalkan Arsenal dengan perpindahan percuma kecuali penyerang, Eduardo Da Silva..

Akhirnya pada bulan Februari, Chamakh telah menandatangani pra kontrak bersama Arsenal walaupun dihampiri oleh ramai pasukan lain yang menawarkan perjanjian yang jauh lebih lumayan daripada apa yang ditawarkan Arsenal.. Chamakh akhirnya melengkapkan perpindahan percumanya pada bulan Julai dan menyarung jersi bernombor 29..

Arsenal mencapai kata persetujuan dengan Lorient dan membayar sejumlah 8.5 juta pound dan 1.5 juta pound lagi dalam bentuk bonus.. Dan pemain tengah skuad simpanan, Francis Coquelin pula melangkah ke Lorient menerusi pinjaman semusim.. Koscielny telah di berikan jersi lagenda Arsenal bernombor 6 yang di pakai Mr. Arsenal, Tony Adams..


Eduardo telah menyaksikan Arsenal mengutip 6 juta pound untuk membenarkan beliau pergi ke Shaktar Donestk sementara Gallas ke Spurs, Campbell ke Newcastle, Senderos ke Fulham dan Silvestre ke Werder Bremen menerusi perpindahan percuma selepas Arsenal tidak melanjutkan kontrak mereka.. Adios!!
3 comments:
cam ne ngan gol keeper?.Almunia masih jdi keeper no 1 ke.
1.9.10aluminium lagi la nampaknya,,,
1.9.10kalau die buat hal lagi..buang je teruss...
1.9.10Post a Comment