01 September 2010

2010 Summer Transfer is Officially Close

Akhirnya pintu perpindahan telah pun ditutup.. Pada hari terakhir pintu perpindahan, 3 perjanjian membabitkan Arsenal telah diselesaikan di mana Nacer Barazite dan Armand Traore sah meninggalkan Arsenal secara pinjaman semusim dan Arsenal telah menandatangani pemain Jepun berusia 17 tahun Ryo Miyaichi..

Sepanjang musim perpindahan di buka, Arsenal telah melengkapkan 3 perpindahan iaitu membabitkan Maroune Chamakh, Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci.. Di mana sebanyak 5 pemain Arsenal musim lepas meninggalkan Arsenal dengan perpindahan percuma kecuali penyerang, Eduardo Da Silva..

Maroune Chamakh muncul pembelian pertama Arsenal setelah Arsene Wenger cuba mendapatkan khidmat beliau sejak musim panas lepas lagi namun tawaran 6 dan 8 juta euro Arsenal telah ditolak Bordeaux yang mahukan sekitar 16 juta euro selepas Wenger bersetuju membayar harga yang dimahukan Bordeaux sebelum itu iaitu bernilai 8 juta euro..

Akhirnya pada bulan Februari, Chamakh telah menandatangani pra kontrak bersama Arsenal walaupun dihampiri oleh ramai pasukan lain yang menawarkan perjanjian yang jauh lebih lumayan daripada apa yang ditawarkan Arsenal.. Chamakh akhirnya melengkapkan perpindahan percumanya pada bulan Julai dan menyarung jersi bernombor 29..

Laurent Koscielny muncul pembelian kedua Arsenal.. Arsene Wenger cuba mendapatkannya sepanjang musim Piala Dunia.. Pada mulanya FC Lorient enggan menjualnya.. Namun selepas Koscielny memberitahu pengurusi Lorient yang beliau berminat untuk menyertai Arsenal kerana baginya ianya bagaikan peluang sekali dalam seumur hidup, Lorient bersedia menimbangkan tawaran Arsenal..

Arsenal mencapai kata persetujuan dengan Lorient dan membayar sejumlah 8.5 juta pound dan 1.5 juta pound lagi dalam bentuk bonus.. Dan pemain tengah skuad simpanan, Francis Coquelin pula melangkah ke Lorient menerusi pinjaman semusim.. Koscielny telah di berikan jersi lagenda Arsenal bernombor 6 yang di pakai Mr. Arsenal, Tony Adams..

Sebastien Squillaci merupakan pemain terakhir yang ditandatangi Arsene Wenger untuk mencukupi kuota umur pemain.. Arsenal membayar sekitar 4 juta euro kepada Sevilla untuk khidmat pemain berpengalaman berusia 30 tahun ini.. Menurut laporan Wenger telah melanggar polisinya bukan sahaja membeli pemain berusia 30an namun juga kontrak 3 tahun yang diberikan beliau kepada Squillaci..

Armand Traore muncul pemain skuad utama pertama yang meninggalkan pasukan menerusi perpindahan secara pinjaman.. Juventus dan Arsenal telah mencapai kata persetujuan tentang perpindahan ini di mana Juve membayar sejumlah 500 ribu euro untuk perpindahan pinjaman ini dan mereka perlu membayar 4 juta euro untuk memastikan Traore sah milik mereka sebaik tamat tempoh pinjaman beliau..

Eduardo telah menyaksikan Arsenal mengutip 6 juta pound untuk membenarkan beliau pergi ke Shaktar Donestk sementara Gallas ke Spurs, Campbell ke Newcastle, Senderos ke Fulham dan Silvestre ke Werder Bremen menerusi perpindahan percuma selepas Arsenal tidak melanjutkan kontrak mereka.. Adios!!

3 comments:

zizie said...

cam ne ngan gol keeper?.Almunia masih jdi keeper no 1 ke.

1.9.10
Hero Kampung said...

aluminium lagi la nampaknya,,,

1.9.10
zizie said...

kalau die buat hal lagi..buang je teruss...

1.9.10

Post a Comment