31 August 2010

No player sign in deadline day so far

Pintu perpindahan tinggal lagi 92 minit untuk ditutup semasa Atikah tulis artikel ini.. Namun setakat ini Fulham telah menghalang perpindahan Mark Schwarzer ke Arsenal namun Fulham dilihat tengah mencari penjaga gol baru dan ianya mungkin memberikan ruang untuk Arsenal mendapatkan Schwarzer walaupun tampak agak tipis.. Namun dua pemain Arsenal akan meninggalkan pasukan secara pinjaman..

Nacer Barazite telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke kelab Belanda, Vitesse Arnhem selepas menolak tawaran Heracles Almelo pada saat-saat akhir.. Atikah agak hairan mengapa Rangers tidak menawarkan kontrak kepadanya selepas Barazite cemerlang semasa menjalani latihan bersama mereka bulan ini..

Armand Traore akhirnya sah meninggalkan Arsenal secara pinjaman untuk menyertai gergasi Itali yang bermasalah, Juventus secara pinjaman semusim dengan klausa Juventus akan menjadikan perpindahan tersebut secara kekal.. Juventus membayar 500 ribu euro untuk bayaran pinjaman sementara bersedia 4 juta euro untuk menjadikan perpindahan tersebut kekal..

Sementara itu, penjaga gol skuad simpanan Arsenal, James Shea telah dipanggil Fabio Capello untuk menjalani latihan bersama skuad senior England selepas kecederaan yang menimpa penjaga gol Fulham David Stockdale.. Shea sepatutnya menjalani latihan bersama skuad Arsenal namun dipanggil Capello di mana skuad England turut serta berlatih di London Colney..

Henri Lansbury yang dijangka menyertai Sweansa City secara pinjaman terpaksa melupakan aksi di peringkat kelayakan EURO 2011 U-21 selepas mengalami kecederaan groin dan telah dihantar pulang Stuart Pearce kembali ke pangkuan Arsenal.. Okey setakat ini, itu sahaja berita yang Atikah dapat berikan..

Sebaik sahaja ada berita baru masuk, Atikah akan postkan secepat mungkin.. So marilah kita bersama-sama berharap akan ada muka baru masuk ke Arsenal walaupun ianya cukup tipis.. Tapi siapa yang tahu apa perancangan si Wengerkan.. Dia kan selalu buat kejutan.. Opss terlupa pulak, fans Arsenal akan kembali melihat Hleb selepas beliau dijangka akan menyertai Birmingham.. Adios!!

2 comments:

shahril said...

ramai betul bekas pemain arsenal masuk epl....contoh viera,hleb..kita tunggu dan saksikan fan arsenal...

1.9.10
zizie said...

dah tak de market kat liga luar sibuk nk main kat epl balik..

1.9.10

Post a Comment