28 August 2010

Pre Match : Arsenal VS Blackburn

Okey akhirnya Si Sebastien Squillaci telah pun diperkenalkan sebagai pemain Arsenal.. Namun sebelum Atikah postkan gambar dan temu ramah bersama si Squillaci, Atikah fokuskan perkara yang lebih penting terlebih dahulu.. Iaitu perlawanan menentang Blackburn Rovers pada pukul 7.45 malam ini.. Perlawanan ini akan disiarkan pada Astro ESPN channel 812 hanya beberapa minit semua umat Islam berbuka puasa..

Fabregas dan Van Persie akan kembali menyertai skuad kesebelasan utama Arsenal seperti sedia kala sementara Denilson kembali semula ke pangkuan pasukan selepas berehat agak lama akibat kecederaan berulangnya.. Atikah sebenarnya agak sukar nak predict first eleven hari ini memandangkan ini merupakan kali pertama trio Chamakh, Fabregas dan Van Persie bergandingan tidak termaksud minggu lepas..

ALMUNIA
SAGNA-----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----CLICHY
WALCOTT-----FABREGAS-----SONG-----ARSHAVIN
CHAMAKH-----RVP

Mungkin itulah barisan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Dengan Walcott beraksi cemerlang minggu lepas, ianya sudah semestinya menyukarkan lagi untuk membuat pilihan.. Atikah harap hari ini kita akan ada pengadil yang cukup tegas dan tidak termakan taktik kotor Blackburn iaitu main bola sepak seperti main ragbi..

So Atikah harap kita boleh belasah Blackburn malam ini terutama sekali kita akan kembali diinspirasikan oleh kapten pasukan dan nadi utama pasukan, Cesc Fabregas.. Atikah harap dia skor hari ini dan menginspirasikan kemenangan untuk Arsenal seperti kebiasaannya.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment