27 August 2010

Welcome Back Eduardo !!

Arsenal diundi menentang pasukan yang biasa-biasa sahaja namun penuh kejutan selepas cukup bernasib baik mengelakkan diri dari bertemu pasukan-pasukan gergasi Eropah pada peringkat kumpulan.. Arsenal, Shaktar Donestk, SC Braga dan FK Partizan diletakkan di kumpulan terakhir iaitu kumpulan H..

Fans Arsenal akan menyambut kembali bekas Gunners, Eduardo Da Silva yang berhijrah ke Shaktar awal bulan ini pada hanya 19 Oktober ini di Emirates Stadium.. Nampaknya Eduardo terpaksa menelan hakikat beliau terpaksa membuat kemunculan segera kembali semula ke Emirates Stadium hanya selepas dua bulan meninggalkan The Gunners..

Apa yang pasti, fans Arsenal pastinya tidak mahu Eduardo yang menjaringkan dua gol di dalam 3 perlawanannya untuk Shaktar setakat ini, menghancurkan Arsenal.. Atikah x sabar menantikan perlawanan ini kerana mahu melihat Dudu kembali ke Emirates Stadium.. Macam mana agaknya sokongan peminat nanti??

Arsenal akan membuka kempen Champions League nanti pada hanya dua minggu lagi iaitu pada tarikh 15 September di gelangang sendiri menentang SC Braga iaitu naib juara Liga Portugal musim lepas yang membuat kejutan menewaskan Celtic dan Sevilla dalam proses ke peringkat kumpulan.. Bagi Atikah pasukan ini tidak boleh dipandang rendah kerana mereka telah membuktikan mereka mampu muncul sebagai pencabar..

Melengkapkan kumpulan H ialah juara Serbia, FK Partizan yang Atikah x berapa tahu sangat tentang team mereka melainkan hakikat bekas dua pemain mereka iaitu Adam Ljajic dan Zoran Tosic menyertai MU dua musim lepas (kalau x silap).. Ini merupakan penampilan pertama mereka di Eropah sejak tempoh 7 tahun.. Mara ke peringkat kumpulan selepas menundukkan wakil Belgium RSC Anderleacht dalam sepakan penalti selepas seri 4-4 secara agregat..

Jadi kumpulan H ini diwakili pasukan yang boleh melakarkan kejutan.. Namun sekali lagi Arsenal cukup bernasib baik mengelakkan diri dari berjumpa pasukan gergasi Eropah.. Okey sedikit lagi update berita kecederaan pemain Arsenal sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Arsene Wenger menjangkakan yang Bendtner akan sertai kembali pasukan pada 3 atau 4 minggu lagi..

Sementara Nasri berkemungkinan lebih cepat berbanding Bendtner kerana proses pemulihan Nasri cukup pantas.. Fabregas akan kembali mengetuai Arsenal selepas Wenger mengakui Fab4 dan RVP boleh memulakan perlawanan seperti normal kembali selepas diberikan rehat selepas kedua-dua mereka mara ke final Piala Dunia 2010.. Adios!!

1 comments:

zizie said...

nasib baik arsenal tak di letakkan kelab gergasi eropah seperti real madrid...

27.8.10

Post a Comment