20 August 2010

Injury blow for Emmanuel Frimpong

Sebelum Atikah updatekan sebarang berita kecederaan terbaru sebelum perlawanan menentang Blackpool Atikah nak beritahu yang Jay Simpson telah menyertai Hull City dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan dan menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama kelab yang beru diturunkan pangkat itu..

Simpson hanya membuat 3 penampilan sahaja bersama skuad utama Arsenal setelah bersama Arsenal selama 12 tahun dan menjaringkan 2 gol walaupun acap kali beraksi dari bangku simpanan.. Perlawanan terakhir Simpson adalah semasa menentang Barnet pada kempen pra musim dan menjaringkan 2 gol pada perlawanan tersebut..

Atikah sejujurnya memang kecewa dengan perkembangan ini.. Namun walau apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada Simpson.. Apa yang pasti Atikah menghargai sumbangannya untuk Arsenal kerana 2 gol dalam 3 perlawanan yang dua daripadanya dari bangku simpanan merupakan rekod yang cukup baik..

Sehari selepas laman web rasmi Arsenal mengesahkan yang Samir Nasri bakal terlepas aksi selama sebulan akibat terpaksa menjalani pembedahan kini Arsenal bakal terlepas Emmanuel Frimpong selama 6 ke 9 bulan selepas beliau mencederakan cruciate knee ligamentsnya pada sesi latihan minggu ini..

Wenger memberitahu yang berita ini cukup memberikan tamparan besar untuk Arsenal memandangkan Wenger melihat Frimpong bakal menikmati beberapa aksi bersama skuad utama musim ini selepas cemerlang di kempen pra musim mengantikan ketiadaan Alexander Song dan juga semasa Craig Eastmond mengalami kecederaan.. Apa-apa pun get well soon Frimpong..

Wenger juga memberitahu yang 4 pemain bakal kembali menyertai Arsenal sekurang-kurangnya di bangku simpanan namun Denilson yang kembali pulih daripada kecederaan yang di alaminya sepanjang musim lepas berada di dalam keraguan.. Namun Djourou, Fabregas dan Song pastinya akan turut serta menanti kunjungan Blackpool sekurang-kurangnya dari bangku simpanan..

Wenger telah menegaskan yang Fabregas dan Van Persie mungkin akan terus berada di bangku simpanan selepas beliau tidak mahu terlalu terburu-buru membenarkan dua finalis piala dunia itu kembali beraksi semula.. Begitu juga Denilson.. Itu sahajalah berita terbaru kecederaan Arsenal.. Adios & Get Well Soon Frimpong!!

P/S : Dilaporkan yang tawaran kedua Arsenal untuk khidmat Mark Schwarzer telah pun ditolak Fulham.. Dilaporkan Arsenal masih berpegang dengan tawaran bernilai 2 juta pound sementara Fulham mahukan 4 juta pound untuk khidmat Schwarzer..

0 comments:

Post a Comment