12 August 2010

Wenger promote 5 reserves player !!

Tahniah kepada Kieran Gibbs serta Jack Wilshere yang membuat debut pertama mereka bersama England selepas diturunkan pada separuh masa kedua semasa menentang Hungary awal pagi.. Sementara Theo Walcott diturunkan sebagai kesebelasan utama sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua..

Kieran Gibbs menunjukkan keupayaannya memberikan hantaran dari sebelah kiri dengan mencipta gol pertama England yang disudahkan Steven Gerrard untuk gol penyamaan.. Wilshere hanya beraksi selama 7 minit yang menyaksikan tidak banyak yang boleh dilakukan beliau berbanding Gibbs yang cemerlang di debutnya selepas beraksi selama 45 minit..

Walaupun belum disahkan lagi.. Spy Atikah boleh mengesahkan yang 5 pemain skuad simpanan telah dinaikkan pangkat.. Emmanuel Frimpong mengetuai senarai tersebut.. Frimpong yang boleh beraksi untuk England dan Ghana baru sahaja menyertai Arsenal 2 musim lepas.. Namun pemain tengah bertahan berusia 18 tahun ini dijangka membuat debutnya hujung minggu ini jika Song gagal cergas..

Mengikut jejak Frimpong ialah penyerang berusia 19 tahun berbadan tegap Jay Emmanuel-Thomas.. Emmanuel-Thomas ataupun dikenali sebagai JET yang merupakan pemain kelahiran London ini dinaikkan pangkat selepas menampilkan aksi cemerlang sepanjang kempen pra musim.. Nampaknya tempoh pinjamannya di Doncaster Rovers musim lepas cukup berbaloi..

Akhirnya Henri Lansbury boleh menarik nafas lega selepas sudah banyak kali tewas dalam persaingan untuk dinaikkan pangkat ke skuad utama.. Pemain sayap yang akan berusia 20 tahun pada bulan Oktober ini pastinya boleh bergembira selepas akhirnya dipanggil menyertai skuad utama selepas melalui dua kali tempoh pinjaman..

Havard Nordtveit yang cemerlang sepanjang kempen pra musim walaupun diletakkan di luar posisinya iaitu sebagai bek kanan turut dinaikkan pangkat.. Nordtveit yang berusia 20 tahun kelahiran Norway ini telah beberapa kali dikecewakan Wenger walaupun diakui sebagai prospek masa depan Arsenal.. Nampaknya musim ini walaupun beliau sekali lagi hampir diketepikan mungkin menjadi musim yang paling mengembirakan Nordtveit..

Posisi terakhir telah pun diisi Craig Eastmond yang cemerlang sepanjang musim lepas mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song, Denilson mahupun Diaby.. Walaupun hanya beraksi beberapa perlawanan persahabatan sahaja akibat kecederaan, ianya tidak menghalang Wenger mahupun fans Arsenal daripada menaruh kepercayaan kepadanya dipentas EPL kerana beliau telah berjaya melakukannya musim lepas..

Jadi tahniah kepada mereka semua atas debut pertama untuk England dan atas promotion menyertai skuad utama Arsenal.. Kelima-lima mereka akan diberikan nombor jersi pasukan yang baru hujung minggu ini.. Lagi satu ini bukan promotion untuk Arsenal U-21 disebabkan peraturan baru tersebut tetapi ini sememangnya promotion yang tiap-tiap kali dilakukan Arsene Wenger setiap kali musim baru bermula.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment