15 August 2010

Luke Freeman Injured!!

Penyerang berbakat besar Arsenal yang kini dipinjamkan ke Yeovil Town dikejarkan ke hospital selepas diterjah keras pemain Bristol Rovers pada perlawanan ketiga beliau bersama Yeovil Town sebelum tamat separuh masa pertama.. Freeman dikhuatiri mengalami retak tulang kakinya selepas terjahan tersebut cukup keras dan teruk serta ianya merupakan terjahan daripada belakang..

Freeman yang menyinar di Yeovil Town telah disahkan tidak mengalami sebarang retak di tulang kakinya.. Ianya pastinya melegakan fans Arsenal yang cukup mengikuti perkembangan Freeman dan juga fans Yeovil Town.. Namun keputusan tahap serius kecederaannya hanya akan diketahui minggu depan..

Atikah harap kecederaannya tidak serius memandangkan beliau cukup berbakat besar dan Atikah cukup berharap dapat melihat kelibatnya bersama skuad utama Arsenal musim depan selepas mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman di Yeovil Town.. Adios!!! -GET WELL SOON FREEMAN-

0 comments:

Post a Comment