02 August 2010

Arsenal pertahankan Piala Emirates

Arsenal berjaya mempertahankan Piala Emirates selepas menang tipis 3-2 ke atas Celtic selepas AC Milan dan Lyon seri 1-1.. Arsenal sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang dengan mendominasi keseluruhan perlawanan namun hilang fokus sekali lagi pada 20 minit akhir perlawanan..

ALMUNIA
SAGNA-----DJOUROU-----VERMAELEN-----CLICHY
ROSICKY-----FRIMPONG-----WILSHERE
WALCOTT-----EMMANUEL-THOMAS-----VELA

Arsenal mendahului perlawanan seawal minit ke-3 selepas Theo Walcott bijak melorongkan bola kepada Carlos Vela yang mudah menolak masuk gol pertama perlawanan untuk menyaksikan Arsenal berada di landasan yang tepat untuk mengekalkan Piala Emirates selepas memenanginya musim lepas..

Kemudian Rosicky melorongkan bola kepada Bacary Sagna yang menunggu di luar kotak penalti semasa sepakan penjuru, melepaskan rembatan kencang menerusi kaki kirinya dan menyaksikan penjaga gol Celtic melakukan kesilapan untuk Sagna menjaringkan hanya gol keduanya untuk Arsenal sebelum tamat separuh masa pertama..

Walcott sekali bijak melorongkan bola kepada Samir Nasri yang di bawa masuk pada separuh masa kedua mudah menjaringkan gol untuk membenarkan Arsenal mendahului 3-0 dan semakin selesa mendahului pada minit ke-51 dan hanya selangkah sahaja lagi untuk menjulang Piala Emirates buat kali ketiga..

Manuel Almunia memberikan petunjuk yang beliau akan terus kekal sebagai penjaga gol Arsenal nombor satu selepas tampil cemerlang dan memukau walaupun Caltic pada 20 minit akhir berjaya merapatkan jurang dengan menjaringkan 2 gol selepas sekali lagi pemain pertahanan Arsenal leka dan mula hilang fokus..

Arsenal terus di asak selepas itu.. Namun akhirnya pengadil meniup wisel penamat untuk memastikan Arsenal menang Piala Emirates buat kali ketiga selepas mengutip 8 mata sementara Celtic 6 mata, Lyon 5 mata dan AC Milan 4 mata.. Keseluruhan pemain beraksi cemerlang, sekali lagi pada 20 minit terakhir kesemua pemain mula hilang fokus dan membiarkan penjaga gol melakukan kerja secara sendirian..

Johan Djourou beraksi cemerlang akhirnya.. Namun sejujurnya Atikah salahkan Djourou atas gol kedua Celtic kerana beliau gagal mengeluarkan hantaran Fortune yang mencari Ki Sung Yeon di mana Djourou merupakan pertahanan terakhir yang mampu memastikan Celtic tidak terus merapatkan jurang selepas Koscielny sudah pun tertewas daripada cuba untuk memberikan cabaran kepada Fortune..

Namun apa-apa pun keseluruhan permainan Arsenal beraksi cemerlang dan Atikah harap Arsenal janganlah sekali lagi hilang fokus pada 20 minit terakhir perlawanan.. Kesemua pemain beraksi bagus namun Jack Wilshere yang dipilih Atikah sebagai pemain terbaik perlawanan selepas beraksi cemerlang sepanjang separuh masa pertama namun agak sedikit tenggelam selepas Nasri di bawa masuk..

Namun sememangnya Wilshere layak diberikan anugerah tersebut apabila beliau hampir sahaja menjaringkan gol dan bijak melakukan hantaran kemas dan tidak lupa jugak kerajinan beliau untuk membantu pemain pertahanan dan melakukannya dengan cemerlang sekali.. Dan sedikit berita di kem Arsenal..

Johan Djourou dan Bacary Sagna masing-masing mengeluarkan kenyataan mahu kapten yang mereka hormati, Cesc Fabregas terus kekal di Arsenal.. Berikut ialah kenyataan Djourou.. "We all know that Fabregas is an important player for us.. He is a great player.. It is vital that he stays with us so we can keep the team together because that's the most important thing - that we keep all the players.. We need him.. It's his decision and we can't do anything about it but I hope he stays.."

Ini pula kenyataan Sagna.. "Things can happen in football.. Maybe Cesc will leave, maybe he will stay, but at the moment he is still an Arsenal player, we need him for the future.. We have to accept everything and adapt.. Of course we all want him to stay.. He knows what is best for him.. I think everyone will approve his decision but everyone wants him to stay.. It will be a big loss if he leaves.."

Lionel Messi pula muncul pemain Barcelona terbaru yang memberitahu yang beliau yakin perjanjian akan dicapai tidak lama lagi.. Tapi apa-apa pun Fabregas tidak akan kemana-mana.. Fabregas sayangkan Arsenal walaupun akui beliau peminat Barcelona.. Dan Wenger sendiri menegaskan yang Fabregas akan terus kekal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment