Arsenal Ladies belasah Braintree Town

Perlawanan ini menyaksikan gabungan pemain bintang dan pemain masa depan skuad Arsenal Ladies yang bukan sahaja beraksi untuk pemanas badan dalam persiapan musim baru namun juga mengutip derma untuk tabung The Meningitis Trust yang menyaksikan perlawanan tersebut telah menaikkan derma sehingga satu ribu pound..

2 penyerang muda Arsenal Ladies Danielle Carter menjaringkan hatrik pertamanya untuk Arsenal sementara rakannya, Lauren Bruton terus menemui sasaran untuk skuad utama Arsenal Ladies selepas meledakkan 2 gol pada perlawanan ini.. Melengkapkan senarai jaringan Arsenal ialah satu gol dari Jayne Ludlow, Yvonne Tracy yang menyelamatkan gawang Arsenal sebelum itu, tonggak utama Kim Little, Gemma Davison dan bintang skuad simpanan, Bianca Bragg..
Arsenal Ladies menjaringkan 7 gol pada setiap separuh masa walaupun hanya berlatih sau sesi sahaja sebelum perlawanan ini.. Ianya membuktikan yang skuad Arsenal Ladies bersedia untuk mengegar Liga Inggeris sekali lagi dan juga mungkin membawa pulang semula kejuaraan Eropah yang pernah dimenangi mereka pada tahun 2007.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment