19 August 2010

Arsenal bid Sebastien Squillaci

Laman web Sevilla telah mengesahkan yang Arsenal telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat pertahan tengah berusia 30 tahun, Sebastian Squillaci yang tidak beraksi bersama pasukannya Sevilla pertengahan minggu ini selepas Squillaci sedang mempertimbangkan tawaran kelab lain dan juga untuk mengelakkan beliau tidak boleh beraksi bersama kelab barunya di kejohanan eropah..

Namun Sevilla agak keberatan untuk menerima tawaran Arsenal yang mungkin kurang daripada harga Squillaci yang diletakkan nilai sebanyak 8 juta pound.. Atikah akan terus memerhatikan dan mengikuti perkembangan ini dan harap-harap Squillaci mampu menyertai Arsenal minggu ini memandangkan Wenger cukup meminati pemain kebangsaan perancis ini..

Walaupun Atikah agak kecewa disebabkan Squillaci bukanlah nama besar di dalam arena bola seapk, namun harapnya pengalamannya mampu membantu.. Namun apa-apa pun ianya lebih baik beliau daripada tiada langsung kan?? So Atikah harap sangat yang perjanjian mampu dicapai minggu ini walaupun peluang untuk menyaksikan pertahanan baru beraksi hujung minggu ini cukup tipis..

Sementara itu Fulham dilaporkan bersedia menerima tawaran bernilai 2 juta pound Arsenal untuk khidmat Mark Schwarzer yang dinilai mereka sebanyak 4 juta pound.. Namun dengan syarat Carlos Vela akan pergi ke Craven Cottage selepas mereka menilai Vela dengan harga sebanyak 2 juta pound sahaja!!

Oh come on!! Harga Vela di dalam game pun hampir bernilai 15 juta pound.. Atikah rasa harga Vela memang sesuai sebanyak itu.. Beliau masih muda, pantas, ada bakat dalam mencipta peluang dan merbahaya di hadapan pintu gol dan cukup arif dengan sepakan voli.. Namun apa yang pasti Wenger sama sekali tidak akan membenarkan Vela mungkin sebagai pinjaman ya..

Namun itupun tipis memandangkan semasa kempen Piala Dunia dan pra musim Vela cukup menyinar selepas musim lepas cukup mengecewakan dengan masalah kecederaan dan bergelut untuk berada di prestasi terbaiknya.. Namun, spy Atikah menjangkakan yang Squillaci dan Schwarzer mungkin akan menjadi pemain terbaru Arsenal selewat-lewatnya minggu depan..

Apa-apa pun biarlah masa yang menentukan apa yang akan berlaku dan siapa yang akan di bawa masuk Wenger.. Sementara itu, Armand Traore semakin hampir untuk menyertai Benfica selepas ejennya mengakui kliennya cukup berminat dengan perpindahan ke Portugal selepas mengetahui yang Benfica kini mengadakan perbincangan bersama Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment