Injury & Barazite news

Johan Djourou merupakan pemain terbaru yang menyertai senarai tersebut selepas mengalami kecederaan hamstring.. Nicklas Bendtner masih lagi bergelut dengan kecederaan berulangnya sementara Aaron Ramsey masih menjalani proses pemulihan.. Alex Song yang terlepas kempen pra musim ini pula dalam keraguan akibat kecederaan betis..
Denilson (abdominal) akan menjalani ujian kecergasan sekali lagi esok untuk mengetahui sama ada beliau akan turut serta atau tidak.. Abou Diaby telah kembali menjalani latihan selepas mengalami kecederaan betis dan dijangka akan menyertai skuad berkunjung ke Anfield.. Andrei Arshavin yang mengalami kecederaan otot minggu lepas disahkan telah pulih dan Arshavin akan bersedia mengegar Anfield sekali lagi..
Namun Fabregas dan Van Persie masih belum dipastikan akan diturunkan selepas Wenger mengakui beliau masih lagi memikirkan untuk membawa kapten dan penolong kapten pada kunjungan di Anfield..


Apa-apa pun semoga berjaya Barazite dan Atikah sejujurnya kecewa kerana Wenger tidak banyak memberikan beliau peluang.. Nacer Barazite diakui pemain yang cukup bagus namun masalah kecederaan sering melandanya mungkin akibat beliau merupakan seorang pemain Belanda.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment