11 August 2010

Schwarzwer : Let Me Join Arsenal !!

Mark Schwarzer telah memberitahu pengurus baru Fulham, Mark Hughes yang beliau mahu berpindah ke Arsenal.. Sebelum ini Mark Hughes telah menegaskan yang dia mahu mengekalkan khidmat Schwarzer yang diburu Arsenal sebagai player/coach di Arsenal selepas barisan penjaga gol Arsenal cukup merisaukan..

Namun Fulham mahukan 4 juta pound untuk khidmat penjaga gol veteran berusia 37 tahun ini.. Namun Arsenal hanya bersedia menawarkan 2 juta pound sahaja untuk khidmat Schwarzer.. Namun dengan Schwarzer kini mahu berhijrah ke Arsenal, Fulham pastinya tiada pilihan lain selain membenarkan beliau pergi..

Dengan hakikat ini mungkin satu-satunya peluang untuk Schwarzer beraksi di Champions League dan bersama kelab elit membuatkan Schwarzer cukup terdesak mahu pergi ke Arsenal terutama sekali selepas Roy Hodgson meninggalkan Craven Cottage dan ianya membuatkan Schwarzer semakin menimbangkan kemungkinan berhijrah ke Emirates Stadium..

Dengan Brad Friedel baru-baru ini meluahkan keingginannya meninggalkan Aston Villa yang sedang kacau bilau sekarang ini selepas perletakkan jawatan Martin O'neill, ianya mungkin akan menyaksikan Arsenal berjaya membawa Schwarzer ke Arsenal walaupun ianya berada di dalam keraguan memandangkan Wenger kini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mendapatkan penjaga gol baru seperti yang dikatakan media..

Sebelum Atikah tamatkan artikel ini mari kita saksikan perlawanan persahabatan England dan Hungary awal pagi ini pada pukul 2.30 pagi.. Harap-harap kita dapat saksikan trio muda skuad Arsenal, Jack Wilshere, Kieran Gibbs dan Theo Walcott pada perlawanan awal pagi ini.. Ada live di Astro.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment