08 August 2010

What a crazy game

Game pagi ini menyaksikan beberapa fans Arsenal lepak di blog Atikah sambil berbicara tentang perlawanan yang cukup gila ini.. Pakong, Cesc, Smooth, Imcop dan sudah semestinya Atikah sendiri.. Sejumlah 11 gol terhasil di stadium baru Legia Warsaw dengan siapa cakap bola jabulani menyaksikan kurangnya gol terhasil.. Perlawanan ini membuktikan bola jabulani boleh masuk banyak kali di gawang gol..

FABIANSKI
SAGNA-----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----CLICHY
WALCOTT-----ROSICKY-----FRIMPONG-----WILSHERE
NASRI
CHAMAKH

5 gol dilepaskan Arsenal dengan 3 gol daripada pada 37 minit perlawanan selepas dilepaskan Lukasz Fabianski yang bagaikan hilang punca menentang bekas kelabnya, Legia Warsaw.. Sementara Szczesny melepaskan dua gol hasil kelekaan pemain pertahanan.. Pemain Arsenal juga patut dipersalahkan selepas kehilangan punca hampir sepanjang separuh masa pertama sehinggalah ketinggalan 3-0 barulah mahu main cara Arsenal selalu main..

Chamakh memastikan Arsenal masih boleh bernafas apabila cuba merapatkan jurang selepas bermain satu dua dengan Samir Nasri sebelum meledakkan tandukan walaupun diasak penjaga gol dan pemain Legia Warsaw sebelum tamat separuh masa pertama dan membuktikan beliau mampu menjaringkan banyak gol untuk Arsenal semasa diperlukan..

Wenger membawa masuk beberapa pemain pada separuh masa kedua termasuk Eboue yang menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan dengan Arsenal sebelum mula tenggelam selepas memberikan Arsenal nafas baru.. (Baru Atikah fikir nak berikan dia anugerah pemain terbaik perlawanan tapi sebab lepas tu agak hilang dari pandangan jadi Atikah x jadi bagi anugerah tersebut..)

Kieran Gibbs menjaringkan gol pertamanya di dalam skuad utama Arsenal selepas melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol Legia Warsaw untuk memberikan pendahuluan 4-3 kepada Arsenal.. 3 gol dalam tempoh 10 minit bermulanya separuh masa kedua untuk membuktikan Arsenal tidak akan give up walaupun ketinggalan..

Namun kemudian fans Arsenal mula tidak senang duduk lagi selepas Legia Warsaw menyamakan kedudukan kepada 4-4.. Namun JET (Emmanuel-Thomas) memberikan pendahuluan sekali lagi untuk Arsenal selepas kesilapan di bahagian pertahanan Legia Warsaw untuk Arsenal mendahului 5-4..

Samir Nasri menjaringkan gol dari free kick selepas kesilapan yang dibuat penjaga gol nombor 4 Legia Warsaw pada minit ke-84.. Namun Legia Warsaw merapatkan kedudukan pada minit akhir perlawanan namun sudah terlambat sewaktu geng-geng di shout box blog Atikah ingatkan game kerkesudahan 6-4 sebenarnya 6-5 memandangkan ada masalah teknikal semasa gol tersebut terhasil..

Atikah x nak komen banyak pasal game ini kerana apa yang penting ialah Arsenal teruskan berjuang walaupun ketinggalan.. Namun mungkin pemain Arsenal mahu membiasakan diri dengan bola jabulani yang dikritik di Piala Dunia tempoh hari semasa separuh masa pertama selepas jelas Arsenal gagal mendominasi selepas pemain Legia Warsaw yang ditaja Adidas lebih selesa dengan bola tersebut..

Apa-apa pun masih banyak yang perlu diimprove pemain Arsenal dan pemain Arsenal tidak lagi boleh main dibawah tahap sebenar mereka semasa kempen baru bermula minggu depan.. Atikah harap segala masalah akan selesai sebelum ianya mampu menganggu kempen baru minggu depan..

Dan Arsenal memastikan mereka meneruskan kempen cemerlang di perlawanan persahabatan untuk aksi pemanas badan sebelum bermulanya kempen baru walaupun tanpa beberapa tonggak utama.. Sorry sebab x de gambar sebab Atikah terus taip nie lepas game.. Opps terlupa pulak..

Samir Nasri jelas menyinar sepanjang kempen pra musim walaupun agak merudum di kejohanan Piala Emirates.. Atikah rasa Nasri layak dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan sementara Chamakh nampaknya memberikan amaran dia akan mengegar EPL musim 2010/2011 selepas cemerlang sepanjang kempen pra musim selepas meledak 3 gol satu gol kurang dari Nasri yang Atikah anugerahkan sebagai pemain terbaik sepanjang kempen pra musim Arsenal... Adios!!

3 comments:

FakhruL_razi said...

npa arshavin x men?

8.8.10
Unknown said...

Gile punyer game.. aku tgk pun melalui iraqgoals.net pun naik seram, biar betui arsenal ni.. nasib la menang gak.. caiyok2 the gunners..

8.8.10
zizie said...

srshavin rehat la dok...nanti cedera plak.dia adalah pemain penting menentang kelab2 besar.

8.8.10

Post a Comment