Mengecewakan
Perlawanan pertama Piala Emirates menyaksikan Lyon dan Celtic seri 2-2 dengan kedua-duanya terikat 3 mata sementara Arsenal yang mendahului perlawanan terpaksa seri 1-1 dengan AC Milan dan kedua-duanya memperoleh 2 mata.. Atikah sejujurnya cukup kecewa dengan keputusan ini walaupun Arsenal secara kesuluruhannya beraksi cemerlang..Arsenal mendahului pada minit ke-36 hasil jaringan pertama Marouane Chamakh di Emirates Stadium selepas lorongan bola cantik daripada Andrei Arshavin.. Cubaan demi cubaan Arsenal selepas itu terus berjaya diselamatkan Cristian Abbiati.. Namun pada minit ke-70 sehingga minit ke-80 Arsenal mula hilang fokus..
Atas sebab itu AC Milan berjaya menyamakan kedudukan dari sepakan penjuru selepas tiada seorang pemain pertahanan Arsenal pun yang menjaga penyerang berbisa AC Milan, Alexander Pato.. Atikah akui yang Fabianski boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan bola tersebut, namun masalah utama gol tersebut ialah tiada siapa menjaga Pato..
Atikah memang gila marah sebabnya Arsenal mula lupa untuk mengawal pemain berbisa mereka Pato.. Bila ianya berlaku itulah yang berlaku.. Sejujurnya Atikah rasa setakat ini pertahanan yang menjadi masalah.. Sering melakukan kesilapan.. Bukannya penjaga gol.. Fabianski melakukan yang terbaik untuk memastikan bola tidak menerjah jaringnya..
Namun kesilapan demi kesilapan pemain pertahanan Arsenal yang mula leka telah mengundang padah.. Masalah set piece juga jelas masih menghantui Arsenal.. Arsenal sememangnya perlukan Per Mertesacker untuk memastikan masalah set piece ini hilang.. Koscielny dan Vermaelen membentuk gandingan mantap namun kelekaan pemain Arsenal pada minit ke-70 sehingga minit ke-80 jelas menyebabkan keputusan seri ini..
Perlawanan-perlawanan persahabatan Arsenal yang sebelum ini juga menyaksikan pertahanan Arsenal ada melakukan kesilapan.. Namun nasib baiklah penjaga gol Arsenal berjaya memastikan clean sheet.. Kali ini Fabianski melakukan perkara yang sama selepas beberapa kali pertahanan Arsenal gagal mengawal pemain AC Milan..
Namun akhirnya beliau tertewas juga walaupun tampil cemerlang dan beberapa kali beliau bernasib baik percubaan pemain AC Milan terkena palang.. Atikah rasa ada patut jugak Arsenal seri.. Supaya Arsenal mengkaji semula masalah utama sebelum bermulanya musim baru nanti.. Bagi pandangan Atikah pemain pertahanan yang patut dikaji..
Bahagian serangan, tengah dan penjaga gol semuanya bagus.. Namun bahagian pertahanan tidak begitu memuaskan.. Setiap perlawanan ada sahaja kesilapan yang dilakukan namun disebabkan penjaga gol sering menyelamatkan keadaan, perkara itu didiamkan sahaja.. Namun apa yang berlaku pada perlawanan ini Atikah harap membuka mata Wenger..
Pertahanan merupakan masalah utama Arsenal sekarang ini.. Lupakan penjaga gol baru.. Kerana penjaga gol Arsenal dah bagus.. Pertahanan yang menjadi masalah sekarang ini.. Siapa yang tengok game ini pasti faham maksud Atikah.. Dan sesiapa yang tengok game masa SK Sturm Graz pasti faham apa sebenarnya maksud Atikah..
Kedua-dua game ini menyaksikan pertahanan Arsenal melakukan kesilapan.. Atikah x tahu pulak macam mana defend masa game lawan Barnet (yang Atikah x tengok) dan masa lawan Neuisedl (yang Atikah tengok tapi internet asyik buat hal waktu tu).. Tapi ianya sudah cukup untuk memberitahu yang pertahanan Arsenal berdepan krisis..
Mungkin masalah utama perkara ini berlaku ialah tiadanya Song untuk menjaga kestabilan bahagian pertahanan.. Lepas itu si Djourou yang berehat panjang ini.. Atikah x puas hati giler dengan aksi dia sepanjang pra musim.. Melakukan kesilapan dan x banyak membantu bahagian pertahanan..
Itu mungkin menjadi salah satu faktor.. Namun Atikah sendiri pun x tahulah.. Fikiran Atikah masih bengang dengan keputusan seri ini.. Atikah akan buat post match sebenar tengah hari nanti masa pemain dan Wenger bagi komen tentang perlawanan ini dan selepas Atikah analisis segalanya dan selepas berjaya Atikah tenangkan fikiran ini.. Adios!!
2 comments:
xde rezeki..
1.8.10HRMMM.....ape la nasib.main jgn rasa tekanan.itu lah punca nya hilang fokus.kene ade semangat juang.jgn outus asa..
1.8.10Post a Comment