17 August 2010

Fabianski mahu tawan kembali hati peminat

Lukasz Marek Fabianski ataupun Lukasz Fabianski cukup tahu beliau dikritik hebat fans Arsenal.. Namun beliau tidak pernah bersuara mahupun memberikan komen tentang perkara itu.. Namun baru-baru ini Fabianski bersuara dan mendedahkan misinya untuk kembali memenangi hati fans Arsenal..

Fabianski yang menyertai Arsenal pada 26 Mei 2007 daripada kelab Poland, Legia Warsaw dengan jumlah yang tidak didedahkan telah mengkagumkan fans Arsenal pada musim-musim pertamanya dan menaikkan namanya lagi dengan melakukan aksi menyelamat paling menakjubkan pada perlawanan Piala Carling menentang Wigan pada 11 November 2008 dan aksi menyelamat tersebut telah diundi sebagai nombor 4 terbaik dalam sejarah Arsenal..

Namun selepas itu Fabianski lebih kerap dikenali sebagai penjaga gol yang cenderung melakukan kesilapan berprofil tinggi.. Namun Fabianski sebenarnya ada potensi cuma beliau lebih cenderung untuk tidak mengeluarkan potensi sebenarnya akibat ketahanan mental dan fizikalnya cukup lemah.. Ini ialah kenyataan dari Fabianski..

"As a player you have to prove you deserve a chance.. I can understand every single shout against me and it can only motivate me to play better and work harder.. But of course I am going to do everything in my power to show that I deserve to be respected.. Then maybe they [the Arsenal fans] will start singing my name - that would be wonderful.."

Atikah rasa ianya tidak mustahil memandangkan Emmanuel Eboue pernah melakukannya musim lepas.. Beliau kerap kali diejek namun akhirnya nama beliau mula dinyanyikan fans Arsenal dan mula menjadi pemain kesayangan fans Arsenal.. Bendtner juga melakukannya.. Beliau kerap dikritik kerana mempersiakan peluang dan akhirnya mula membentuk menjadi hero baru Arsenal.. Begitu juga dengan Diaby yang makin lama makin mengukuhkan namanya di hati fans Arsenal..

Atikah rasa inilah masanya Fabianski buktikan potensi sebenarnya.. Buktikan kepada dunia yang beliau cukup layak untuk bersama Arsenal.. Cukuplah cakap-cakap kosong darinya.. Kali ini biar aksi di atas padang yang menjawab dan membalas segala pertanyaan dan kritikan fans Arsenal.. Come on Fabianski.. You can do it.. Show it to the world!!!

Jadi Atikah harap apabila Fabianski diberikan peluang musim ini, apa kata kita lihat aksinya.. Adakah segala kata-katanya ada benarnya.. So Atikah harap kita berikan Fabianski peluang terakhir musim ini.. Jika beliau tetap gagal Atikah berjanji, Atikah sendiri akan pergi jumpa Wenger supaya suruh dia lepaskan Fabianski jika masih tiada impak positif ditunjukkan dari Fabianski..

So mari kita berikan peluang terakhir untuk Fabianski musim ini.. Berikan beliau peluang untuk mengotakan janji-janjinya.. Berikan beliau peluang yang sama kita berikan kepada Eboue, Diaby dan Bendtner sehingga mereka membuktikan yang mereka cukup layak untuk menyarung jersi Arsenal dan beliau patut dihormati fans Arsenal dan nama beliau perlu dinyanyikan fans Arsenal dan semat nama mereka di hati fans Arsenal.. Adios!!

1 comments:

Dial-Square said...

kita ada masa je nk ejsperimen dlm waktu camni, dgn x cukup CB dh tu dh lama kempunan cup...

18.8.10

Post a Comment