16 August 2010

Reina penyelamat Arsenal

Bukan Arshavin yang muncul hero Arsenal kali ini.. Dan juga bukan Chamakh ataupun pemain Arsenal yang lain.. Namun penjaga gol yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal Pepe Reina telah menjaringkan gol sendiri untuk memastikan Arsenal mengutip 1 mata selepas gagal menggunakan peluang menentang 10 orang pemain Liverpool..

ALMUNIA
SAGNA----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY
EBOUE-----WISLHERE-----NASRI-----ARSHAVIN
CHAMAKH

Manuel Almunia nampaknya berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal dan Wenger telah mendedahkan persaingan di antara Almunia dan Fabianski untuk posisi tersebut namun dimenangi Almunia kerana beliau lebih berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan.. Van Persie berada di bangku simpanan namun kapten, Fabregas diketepikan kerana sakit dan juga kerana beliau belum bersedia untuk bersaing lagi (menurut Wenger)..

Separuh masa pertama Arsenal mendominasi perlawanan namun permainan keras Liverpool telah menyaksikan tidak banyak peluang dicipta Arsenal.. Hanya seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Koscielny telah melahirkan kerisauan daripada fans Arsenal selepas beliau terpaksa diusung keluar oleh pegawai perubatan selepas terjahan lambat dan keras Joe Cole terhadap Koscielny..

Ianya menyaksikan Joe Cole dilayangkan kad merah memandangkan pengadil melihat dengan jelas kejadian tersebut dan berada tidak jauh dari tempat kejadian.. Ianya telah diprotes pemain Liverpool namun dipersetujui pemain Arsenal memandangkan Koscielny dilihat berkemungkinan mengalami patah atau retak tulang kakinya..

Namun segala kerisauan tersebut hilang selepas Koscielny kembali ke padang walaupun agak bergelut untuk kembali ke tahap terbaiknya sebelum terjahan tersebut.. Hanya seminit babak kedua dimulakan Arsenal telah dikejutkan dengan gol pembukaan daripada David Ngog.. Liverpool terus mengasak sehinggalah Wenger membawa masuk Rosicky dan Walcott.. Barulah Arsenal kembali mendominasi..

Namun Arsenal terus dikecewakan walaupun RVP di bawa masuk untuk mencipta peluang dan gol untuk Arsenal.. Reina terus menerus cemerlang di gawangnya sementara Almunia sekali sekala menyelamatkan keadaan untuk memastikan Arsenal terus mempunyai peluang.. Akhirnya pada minit ke-90 Pepe Reina yang dicabar Chamakh tertewas sehingga menyaksikan beliau menjaringkan gol sendiri..

Koscielny yang diakui cukup bernasib baik mampu meneruskan perlawanan selepas shin padnya menyelamatkan dirinya daripada kecederaan teruk tidak cukup bernasib baik selepas dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan untuk menyaksikan aksi cemerlang dan agresivenya pada debutnya telah sedikit sebanyak tercalar..

Namun kesuluruhannya Koscielny cemerlang dengan memastikan pemain Liverpool sukar untuk mencipta peluang selepas menunjukkan aksi cemerlang.. Namun Arshavin dilihat tidak banyak membantu namun menurut Wenger Arshavin agak kepenatan memandangkan beliau baru sahaja kembali dari Rusia untuk tugas antarabangsa..

Namun berdasarkan perlawanan ini, Almunia dan barisan pertahanan beraksi cemerlang walaupun Clichy mudah diratah Johnson dan Kuyt.. Namun bahagian tengah telah menunjukkan kurangnya kreativiti untuk menembusi benteng pertahanan Liverpool sementara tiada apa yang mampu dilakukan Chamakh memandangkan beliau gagal menerima hantaran..

Apa yang pasti lagi cepat Fabregas kembali lagi bagus.. Kerana jelas sekali Nasri dan Wilshere masih belum cukup bagus untuk diberikan tanggungjawab mengerakkan jentera tengah.. Dan Atikah juga lihat yang Rosicky dilihat telah kembali ke prestasi terbaiknya selepas cemerlang selepas dibawa masuk dan hampir sahaja menjaringkan gol hanya untuk melihat rembatannya diselamatkan Reina.. Adios!!

3 comments:

zizie said...

keputusan seri

16.8.10
Al-Hadi said...

belum memuaskan...cepat kapten pelu kembali....

16.8.10
odd said...

chamakh terkesima!!
hahaha

19.8.10

Post a Comment