29 August 2010

Arsenal menang tapi Van Persie injured

Arsenal memastikan yang Blackburn tidak lagi boleh membuli pasukan Arsenal selepas mengatasi corak permainan ragbi Blackburn untuk menang 2-1.. Namun kemenangan ini perlu di bayar dengan harga yang boleh dikatakan mahal selepas Van Persie mengalami kecederaan buku lali dan Chamakh masuk mengantikan beliau sebelum tamat separuh masa pertama.. Atikah akan updatekan tahap kecederaannya selepas ini..

ALMUNIA
SAGNA-----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----SONG-----FABREGAS
WALCOTT-----VAN PERSIE-----ARSHAVIN

Theo Walcott membuktikan kini beliau cukup bersedia menggalas tanggungjawab sebagai penyarung jersi nombor 14 Arsenal selepas menjaringkan gol pembukaan di sudut yang hampir sukar selepas menerima hantaran dari Van Persie.. Hasil tendangan tersebut, jaring gol telah terkoyak untuk membuktikan bertapa padunya tendangan tersebut..

Walcott tidak banyak mendapat peluang, namun beliau menjaringkan hatrik sekali lagi cuma 2 gol lagi dibatalkan kerana offside.. Namun ianya sudah cukup membuktikan yang beliau layak diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan dan berkemungkinan besar pemain terbaik bulan Ogos..

Hasil kelekaan pemain pertahanan Arsenal iaitu ketidak upayaan Sagna mengawal El-Hadji Diouf telah mengundang padah selepas Mame Diouf meledak gol penyamaan selepas Clichy terleka untuk mengawal beliau.. Namun selain daripada itu, pemain pertahanan Arsenal beraksi dengan cukup cemerlang sekali walaupun kadang-kadang Clichy gagal mengawal Mame Diouf..

Andrei Arshavin menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-51 selepas kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.. Arshavin mengunakan kesempatan bola terbias yang terkena pertahanan Blackburn hasil rembatan padu Fabregas untuk memastikan Arsenal berada di landasan yang tepat untuk terus memberikan saingan kepada Chelsea..

Ada segelintir fans Arsenal mengkritik persembahan Fabregas dengan mengatakan yang hati beliau tidak lagi bersama Arsenal.. Bagi Atikah kritikan tersebut terlalu keterlaluan.. Fabregas masih bergelut untuk cergas selepas musim panas yang memenatkan.. Bagi Atikah Fabregas dah main cukup bagus walaupun dikawal ketat pemain Blackburn..

Wenger telah menegaskan yang Fabregas hanya akan kembali seperti sedia kala bulan depan.. Bagi Atikah berikanlah Fabregas peluang.. Beliau dah main bagus.. Cuma beliau masih belum cukup cergas untuk memastikan beliau beraksi di tahap terbaik beliau.. Atikah yakin bulan depan Fabregas akan buktikan yang di masih komited dengan Arsenal..

Atikah yakin ramai yang menyaksikan perlawanan ini cukup berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan Almunia walaupun melepaskan satu gol.. Almunia membuktikan beliau masih layak untuk menjadi penjaga gol nombor satu Arsenal selepas berjaya melepasi salah satu cabaran terbesarnya musim ini..

Turut sama menarik perhatian Atikah pada perlawanan ini ialah Abou Diaby yang cemerlang.. Laurent Koscielny membuktikan mengapa Wenger membelinya selepas bijak membaca pergerakan dan hantaran lintang pemain Blackburn.. Beliau juga cukup agresif untuk mematahkan serangan pemain Blackburn..

Okey tentang kecederaan Robin Van Persie, Van Persie mengalami terseliuh buku lali dan beliau di jangka bakal di rehatkan selama 2 minggu jika esok tiada berita buruk tentang tahap kecederaan beliau.. Okey sebelum Atikah tamatkan artikel ini, Atikah nak tanya, apa pandangan anda cara Chamakh buli si Samba ??

Atikah memang terhibur dengan cara Chamakh memastikan Samba dikawal ketatnya semasa sepakan penjuru untuk memastikan yang beliau tidak lagi boleh membuli penjaga gol Arsenal selepas melakukannya musim lepas dengan menghalang pergerakan Fabianski.. Padan muka si Samba, muka die giler punya marah kena buli dengan si Chamakh yang boleh tahan tegap dan tingginya.. Adios!!

P/S : Terlupa pulak.. Arsenal akan akan berkunjung ke White Hart Lane selepas disahkan akan bertemu Tottenham Hotspurs pada perlawanan pusingan ketiga Piala Carling di mana perlawanan tersebut akan dibarisi kebanyakan pemain yang jarang beraksi untuk skuad utama Arsenal..

2 comments:

MrZuRied said...

letak video chamakh jaga samba..xtgk plak match..terawih

29.8.10
Akke said...

klu atikah letak highlight lg ok website ni...

29.8.10

Post a Comment