10 August 2010

I want to kill you Xavi!!

Atikah sekarang ini dalam mood nak membunuh Xavi Hernandez pulak selepas mood Atikah agak reda sikit daripada nak tembak si Puyol selepas kenyataan terbaru Xavi sememangnya menaikkan kemarahan semua fans Arsenal terhadap Barcelona yang semakin lama semakin kurang ajar dan semakin biadap ini..

Xavi memberitahu yang Fabregas akan menyertai mereka pada Bulan Januari nanti selepas Arsenal terkeluar daripada persaingan memburu kejuaraan liga.. Namun komen yang paling pedas dan paling menyakitkan hati ialah apabila memberitahu Arsenal bukan sebuah pasukan yang kompetitif!!

Kau nie memang dah semakin melampau.. Jika bukan kerana magik Lionel Messi musim lepas dan kalau bukan kerana kecederaan dan pergantungan perlawanan Fabregas semasa suku akhir Champions League musim lepas, kau dah tunduk malu tewas dengan Arsenal yang jauh lebih bagus di Nou Camp sehinggalah Messi menunjukkan magiknya..

Berikut ialah kenyataan daripada si biadap Xavi.. "We've given up on the idea of him arriving now, but maybe he'll come in January when Arsenal are out of the Premier League title race.. Their team are just not competitive.."

Xavi juga menambah yang Arsenal tidak mempunyai hak untuk tidak merealisasikan impian Fabregas yang mahu kembali menyarung jersi Barcelona.. "
Arsenal are wrong to have forced him to remain there, they can't just hold him against his will.."

Arsenal x punya hak?? Arsenal ambil dia dari akademi Barcelona yang entah pernah nampak ke x bakat sebenarnya dan mengemukakan tawaran kontrak bersama sehingga 2015 yang dipersetujui Fabregas tanpa sebarang komen tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana orang..

Jelas sekali Arsenal ada hak tentang Fabregas.. Fabregas hutang budi kepada Arsenal.. Yang Barcelona itu yang tidak ada hak cuba menggunakan media dan cuba merosakkan minda Fabregas untuk menyertai Barcelona.. Arsenal x nak lepaskan Fabregas dan Fabregas sendiri menerima hakikat tersebut..

Jika beliau masih nak pergi beliau boleh beritahu Arsenal dan mendesak untuk melepaskannya.. Namun Fabregas tahu dia terhutang budi dengan Arsenal dan beliau juga tidak kisah untuk terus kekal di Arsenal memandangkan beliau bangga menjadi sebahagian daripada the Gunners dan mengetuai Arsenal menamatkan kemarau trofi kejuaraan..

Atikah harap sangat Arsenal akan jumpa Barcelona di Champions League nanti dan kemudian Arsenal belasah mereka supaya Xavi makan kata-katanya.. Ataupun Arsenal mendominasi England dan dunia musim baru ini untuk membuktikan yang Arsenal cukup kompetitif dan Barcelona pula jatuh ke Liga kedua Sepanyol.. Amin.... Adios!!

6 comments:

ZAIR13PJS said...

Barcelona sebenarnya yang buta menilai kemampuan Fabregas dikala muda dan mereka patut berterima kasih kepada Arsenal yang membimbing 'Pelajarnya' itu ka landasan yang betul sehingga berjaya menjadi pemain terbaik dunia.Inilah yang kita kuatiri.Kenyataan yang boleh merosakkan masa depan bola sepak dunia.

10.8.10
Dial-Square said...

penangan world cup la, konon hebat....dh mula lupa diri...
mementang la spanyol banyak dianggotai pasukan dari boocelona...

10.8.10
Anonymous said...

amin...

10.8.10
Unknown said...

"Bercelana" dah hilang modal dan dah geram sgt nak dpt kan fabregas, selagi dorang tak dpt dgn cara jhat sekali pun, dpt buatkan arsenal dan fans geram pun dah memadai, supaya dunia nampak kesalahan arsenal tanpa memikirkan kemampuan arsenal mendidik dan mengubah seorang budak mentah kepada star... tp takpe.. kita tunggu dan lihat je la.. adios

10.8.10
zizie said...

wah naik marah atikah nih..betul2 diorang nk febregas kan.ape pasal dia dulu jual febregas.kan dah kene akibat nye.padan muke bercelona.

10.8.10
Unknown said...

Amin ya rabbal a' lamin

11.8.10

Post a Comment