02 August 2010

Almunia look like to keep Arsenal no. 1

Manuel Almunia memberikan petunjuk yang beliau tidak akan sesekali melepaskan posisinya sebagai penjaga gol nombor 1 Arsenal yang diambilnya selepas menewaskan penjaga gol lagenda Arsenal, Jens Lehmann.. Kini beliau ditentang hebat penjaga gol muda Arsenal selepas Wenger bersedia merombak semula posisi nombor satu Arsenal namun Almunia jelas sekali tidak berhasrat untuk melepaskannya..

Manuel Almunia yang menampilkan aksi yang pernah ditampilkannya semasa beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan nombor tiga Arsenal pada musim 2008/2009 pada perlawanan menentang Celtic semalam telah mengeluarkan kenyataan yang beliau akan terus kekal di Arsenal walaupun terdapat laporan yang beliau mungkin akan kembali semula ke Sepanyol..

"I don't need to convince anybody, I just do my job.. I have a couple more years on my contract and that's it, I'm an Arsenal player.." Wenger juga mengakui beliau gembira dengan aksi Almunia namun menegaskan yang beliau masih ada 2 minggu lagi untuk memikirkan siapa akan muncul penjaga gol nombor satu Arsenal selepas juga mengakui gembira dengan aksi barisan penjaga golnya..


"
He (Almunia) did well.. We have two more weeks to decide what I will do.. Overall we will play the player who I think deserves to play.. It is competition in pre-season and you have to live with that.." Wenger juga seakan-akan memberikan petunjuk tidak akan ada penjaga gol baru akan di bawa masuk selepas barisan penjaga gol Arsenal mula menunjukkan aksi memukau..

Atikah juga akui yang Arsenal perlu berterima kasih atas aksi Manuel Almunia semalam yang beberapa kali menyelamatkan gawang daripada Arsenal seri mahupun tewas walaupun terpaksa menerima hakikat Celtic masih menjaringkan 2 gol hasil kesilapan dan kelekaan pertahanan dan pemain Arsenal yang bagaikan hilang fokus setiap 20 minit terakhir..

Atikah rasa kesemua fans Arsenal yang menyaksikan hampir kesemua perlawanan persahabatan Arsenal yang lalu pasti bersetuju dengan Atikah yang kita tidak perlukan penjaga gol baru terutama sekali jika barisan penjaga gol Arsenal yang sedia ada ini terus cemerlang dang terus menampilkan aksi menyakinkan..

Apa yang penting sekarang ini ialah Arsenal perlukan sekurang-kurangnya seorang lagi pemain pertahanan.. Mungkin juga dua pemain baru untuk terus mengukuhkan Arsenal melalui kempen baru musim depan.. Harap-harap Arsenal akan memenangi sesuatu musim depan untuk memastikan kehampaan peminat dan pemain berakhir.. Adios!!

1 comments:

sab said...

klu stay mcm ni ok ar..jgn pasni ada lg aksi2 "menyeramkan" dr si almunia ni..payah la arsenal nnt..

2.8.10

Post a Comment