Dapatkan Steven Taylor Wenger !!

Taylor mahu harga gajinya setinggi lebih kurang 60 ribu pound dimana Newcastle tidak mahu menurutinya dengan menawarkan hanya 40 ribu pound seminggu sahaja.. Dengan Wenger selama ini dikaitkan berhasrat mahu mendapatkan khidmat Taylor, ini mungkin masa yang sesuai untuk Wenger membuat tawaran untuk khidmatnya..

Taylor dijangka kembali pada bulan Oktober ini selepas mengalami kecederaan bahu.. Namun jika staf perubatan Arsenal berjaya menyembuhkan Walcott walaupun ianya mengambil sedikit masa dan kesabaran namun lihat sajalah hasilnya sekarang ini.. Walcott dilihat semakin bersedia untuk menjadi the new Theirry Henry..
Namun ini cuma pandangan Atikah.. Spy Atikah masih belum boleh memastikan sama ada Wenger tertarik ataupun tidak untuk mendapatkan khidmat Taylor.. Terutama sekali perpindahan si Squillaci pun masih belum disahkan lagi walaupun Sevilla telah mengesahkan yang mereka telah menerima tawaran daripada Arsenal..
Namun apa-apa pun Atikah nak tanya.. Adakah anda semua bersetuju jika Taylor join Arsenal?? Taylor boleh beraksi di mana sahaja bahagian pertahanan dan merupakan pertahanan yang cukup tegap dan agresif.. So apa pandangan anda??
0 comments:
Post a Comment