22 August 2010

Walcott inspirasikan Arsenal

Theo Walcott mengegar pada perlawanan semalam selepas menginspirasikan 6 pesta gol Arsenal dengan menjaringkan hatrik pertamanya untuk Arsenal dan meratah Blackpool yang sudah tempang selepas terpaksa beraksi pada hampir keseluruhan permainan dengan 10 orang selepas pemain pertahanan mereka dilayangkan kada merah selepas mengasari Chamakh di dalam kotak penalti..

ALMUNIA
SAGNA-----SONG-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----WILSHERE
WALCOTT-----ROSICKY-----ARSHAVIN
CHAMAKH

Keputusan Wenger membenarkan Theo Walcott memulakan perlawanan cukup membuahkan hasil.. Bukan sahaja memastikan Andrei Arshavin kembali ke prestasi terbaiknya namun juga hatrik daripada pemain yang ditinggalkan England dari skuad Piala Dunia mereka ke Afrika Selatan.. Walcott meledak pada minit ke-12 selepas menerima hantaran Arshavin melalui counter attack.. Sebelum itu Walcott ada mencipta dua peluang yang gagal disudahkan Chamakh mahupun Arshavin..

Arshavin menjaringkan gol pertamanya musim ini pada minit ke-31 selepas Maroune Chamakh dijatuhkan di dalam kotak penalti (walaupun nampak tackle tersebut bermula dari luar sedikit dari area kotak penalti) yang turut menyaksikan pemain pertahanan tersebut dilayangkan kad merah di mana ianya agak keras..

Wilshere kali ini menghantar hantaran untuk Theo Walcott menyempurnakannya pada minit ke-38 untuk Arsenal mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.. 3 minit selepas separuh masa kedua, Diaby pula meletakkan namanya selaku penjaring hasil hantaran daripada Bacary Sagna yang jarang-jarang naik ke atas selepas Walcott mendominasi bahagian kanan..

Akhirnya detik yang ditunggu Walcott.. Pada minit ke-57, Walcott melengkapkan hatriknya melalui hantaran cantik Diaby sebelum menyempurnakannya untuk hatrik pertama beliau untuk Arsenal dan juga hatrik kedua pemain Arsenal di The Emirates.. Beberapa minit selepas itu, fans Arsenal bersorak kembali, kali ini kerana Cesc Fabregas masuk ke padang mengantikan Abou Diaby.. Wenger juga mengeluarkan Arshavin untuk RVP dan Walcott untuk Vela..

Fans Arsenal cukup ternanti-nantikan gol dari Maroune Chamakh dan fans Arsenal terpaksa menunggu sehingga minit ke-82 sebelum Chamakh menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal di EPL selepas menanduk pada hasil hantaran daripada Van Persie dari sepakan penjuru.. Tamat perlawanan, Arsenal 6-0 Blackpool..

Tanpa keraguaan lagi Atikah yakin semua bersetuju yang Theo Walcott merupakan pemain terbaik perlawanan.. Atikah harap prestasi Walcott ini mampu diteruskannya pada perlawanan-perlawanan akan datang kerana inilah Walcott yang fans Arsenal mahukan dan inilah Walcott yang patut menyarung jersi keramat bernombor 14 itu..

Atikah juga yakin yang Fabregas akan terus mengegar kembali musim ini pada perlawanan akan datang selepas beraksi baik dan hampir sahaja menjaringkan gol dan jelas sekali Arsenal rindukan hantaran-hantaran cantiknya.. Namun nasib baik ada Rosicky yang dilihat telah kembali ke prestasi terbaiknya selepas cemerlang pada perlawanan semalam dan hampir meledakkan gol..

Atikah memuji kesemua persembahan daripada pemain Arsenal kerana kesemua mereka beraksi cemerlang dan Atikah harap persembahan cemerlang ini akan diteruskan supaya Arsenal boleh memenangi EPL musim ini serta trofi kejuaraan yang lain.. Adios!!

8 comments:

zizie said...

Hrmmm....tak boleh dibangga kan sangat...
INGAT perjuagan belum selesai...jgn rasa bangga dirii,,,
banyak lagi team yg hebat2.

22.8.10
Anonymous said...

Semalam sape captain ar..tak perasan..kalau MOTM 2 orang,saya akan pilih Rosicky orang keduanya..

22.8.10
Hero Kampung said...

harap harap bleh maintain la,,, dah 2 thn dah,, awal musim jer mengamuk,,pertengahan dan penghujung,,hancur,,,,

22.8.10
zizie said...

haa..kali ni nk mengamuk dari awal hingga penghujung. baru diorg tau

22.8.10
atikah said...

najmi... manuel almunialah kaptennya.. kalau fabregas dgn van persie x de... secara aoutomitiknya almunia jadi kapten.. kalau x de ketiga-tiganya baru org baru ambik alih...

22.8.10
Unknown said...

Lebih menarik kalu dpt berkongsi artikel atikah ni bersama kawan2 di Facebook.. erm.. takleh wat ke ek??

23.8.10
Putraz April said...

http://networkedblogs.com/

atikah ambik ni.... untuk link dgn facebook...

23.8.10
ZAIR13PJS said...

Paling mencuri tumpuan adalah Song yang mana mengemudi bahagian pertahanan kanan dengan baik.Syabas.

23.8.10

Post a Comment