13 April 2010

Bendtner vs Van Persie

Sejak bulan Mac yang lalu.. Nicklas Bendtner memastikan Arsenal tidak merasai langsung ketiadaan Robin Van Persie selepas menampilkan aksi yang cukup cemerlang sehingga dia muncul sebagai pemain terbaik bulan Mac..

Bendtner meledak hatrik pertamanya sepanjang kariernya di stadium Emirates semasa membedil FC Porto di mana ianya merupakan hatrik pertama di stadium Emirates.. Hanya beberapa hari selepas dikritik kerana melepaskan 6 peluang terbaik semasa menentang Burnley..

Namun sejak itu Bendtner tidak lagi pandang ke belakang.. Muncul hero Arsenal beberapa kali untuk gol kemenangan semasa menentang Hull dan Wolves.. Dan hampir memastikan Arsenal menang mengatasi Barcelona sehingga Messi menukarkan keputusan tersebut..

Bentdner mampu untuk mengatasi jaringannya bersama Arsenal musim lepas selepas meledak 15 gol dalam semua pertandingan.. Bendtner kini menjaringkan 11 gol dengan baki lagi 5 perlawanan..

Bendtner mengakui dia kini bermain di posisi kegemarannya iaitu posisi penyerang tengah berbanding sebelum ini di mana Bendtner sering diletakkan di posisi penyerang kanan mahupun pemain sayap kanan..

Dengan 11 gol dalam 28 perlawanan telah membuktikannya.. Ianya merupakan catatan terbaik Bendtner sepanjang bersama Arsenal.. Namun di saat dia berjaya menempatkan diri di hati peminat.. Muncul kembali Van Persie..

Wenger sudah semestinya akan meletakkan Van Persie sebagai penyerang tengah sebaik sahaja RVP kembali.. Dengan Bendtner akan berada di posisi lamanya iaitu posisi penyerang kanan.. Namun Atikah harap Wenger tolonglah tukar..

Van Persie boleh beraksi di sebelah kiri bahagian serangan di mana di situlah Van Persie memulakan kariernya bersama Arsenal.. Dengan Bendtner semakin membuktikan kemampuannya sebagai penyerang tengah sepatutnya Wenger mengekalkan posisi tersebut untuk Bendtner..

Dengan Arshavin tiada ianya jauh lebih memudahkannya.. Dengan Walcott atau seboleh-bolehnya Nasri yang mengisi tempat di posisi kanan serangan dengan Walcott lebih ideal sebagai pemain super-sub..

Atikah harap inilah barisan skuad kesebelasan yang akan diturunkan Wenger semasa menentang Tottenham hujung minggu ini..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL------VERMAELEN------CLICHY
ROSICKY-----SONG-----DIABY
NASRI-----BENTDNER-----VAN PERSIE

Haa.. Kan ke comel dan mantap sikit skuad Arsenal walaupun tanpa Fabregas.. Bagi Atikah Nasri lebih ideal sebagai pemain sayap dengan Rosicky boleh mengisi tempat yang ditinggalkan Fabregas.. Harap-harap inilah barisan kesebelasan utama hujung minggu ini.. Adios!!

4 comments:

TokiDoki said...

tapi atikah bro rase rosicky masa lawan barca teramat la kurang prestasi dia..kite still perlukan fab ganti tpt rosicky..dulu dia mmg power skrg kurang dah

13.4.10
THEo WALLcott said...

bagus atikah..sangat aktif dapatkan cerita baru pasukan Arsenal..sekarang blog arsenalaysia dah ada pesaing..jom pakat undi blog arsenal yang mana terbaik bulan april ini..

13.4.10
kareem said...

letak nasri je tmpat fabregas...persie supersub kot..

14.4.10
Afham said...

song tak main...

14.4.10

Post a Comment