20 April 2010

Transfer Rumours

Arsene Wenger dijangka akan membuat tawaran sekitar 8 juta pound untuk khidmat Joe Hart.. Man. City dilaporkan tidak berminat untuk menjual Joe Hart.. Namun jika Wenger bersedia memberikan jaminan kesebelasan utama untuk Hart.. Ianya mungkin akan menarik minat penjaga gol berbakat England ini untuk ke Emirates Stadium..

Untuk mendapatkan Joe Hart, Wenger dijangka bersedia menjual Eduardo Da Silva kepada Lyon pada musim panas ini selepas Lyon dilaporkan bersedia membuat tawaran bernilai 8 juta pound kepada Arsenal untuk khidmat Eduardo yang masih mencari-cari prestasi terbaiknya..

Dengan Marouane Chamakh semakin hampir untuk ke Emirates Stadium musim perpindahan ini.. Peluang kesebelasan utama Eduardo semakin pudar di tambah pula dengan aksi meningkat naik dari Theo Walcott dan Nicklas Bendtner..

Untuk transfer rumours terakhir.. Christoph Metzelder iaitu pemain pertahanan Real Madrid berusia 29 tahun, dilaporkan mungkin akan ke Arsenal sebaik sahaja kontraknya bersama Real tamat hujung musim ini.. Metzelder seorang pertahanan yang bagus, tetapi masalah kecergasannya yang menjadi masalah sekarang ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment