30 April 2010

Injury news, Arshavin & Gallas

Andrei Arshavin mempunyai peluang yang cukup tipis untuk kembali cergas semasa menentang Blackburn esok.. Sementara itu RVP pulih sepenuhnya selepas beraksi penuh menentang Man. City minggu lalu.. Tiada siapa yang mengalami kecederaan semasa menentang Man. City..

Staf perubatan Arsenal mengesahkan yang Arsenal kehilangan seorang lagi pemain yang beraksi cemerlang musim ini iaitu Denilson selepas kecederaan groin yang dialaminya dijangka mengambil masa yang agak lama untuk pulih dengan Denilson akan terlepas baki saingan musim ini.. Sementara itu, Kieran Gibbs dan Johan Djourou sudah kembali menjalani latihan penuh semula.. Namun Wenger dijangka tidak akan membenarkan mereka beraksi kembali musim ini..

Sementara itu Arsene Wenger memberitahu Atikah yang dia tidak rasa yang Arshavin akan berhijrah ke Barcelona seperti yang dikatakan semua orang.. Wenger memberitahu yang Arshavin kini sedang berbincang untuk melanjutkan kontraknya bersama Arsenal..Namun dalam masa yang sama Wenger memberikan amaran kepada pemain-pemainnya..Wenger tidak mahu mereka secara terbuka berbincang tentang berhijrah dari Arsenal..

Seperti yang Atikah jangka, Wenger hanya akan membeli pemain pertahanan baru jika William Gallas meninggalkan Arsenal.. Dengan Djourou kembali cergas, Djourou bagaikan pemain baru Arsenal musim depan selepas terlepas aksi sepanjang musim ini.. Dengan Sol Campbell dijangka kekal selepas Wenger tertarik dengan aksi yang ditampilkan Campbell dan Campbell juga secara terbuka meluahkan kegembiraannya untuk kekal..

Senderos dan Silvestre dijangka meninggalkan Arsenal.. Dan Wenger juga dilihat bersedia memberi peluang kepada Havard Nordtveit yang akan kembali dari Jerman selepas dipinjamkan ke FC Nurnberg sepanjang musim ini.. Pertahan berusia 20 tahun musim depan ini cukup berbakat dan Wenger sejak awal musim lagi telah memberikan petunjuk yang Nordtveit akan berada di dalam skuad utama musim depan..

Wenger dijangka tidak menjual sesiapa dan dijangka akan membawa 2 atau 3 pemain ke Arsenal sebelum 11 Jun ini iaitu semasa Piala Dunia di Afrika Selatan bermula.. Chamakh dijangka muncul pemain pertama ditandatangan Wenger.. Namun Wenger juga tidak menolak kemungkinan membuat perpindahan selepas Piala Dunia..

Sementara itu skuad Arsenal Ladies terus bergaya mengungguli liga selepas menewaskan Nottingham Forest 4-1.. Terima kasih kepada pemain terbaik, Kim Little, penyerang prolifik Arsenal Ladies, Julie Fleeting, pemain baru yang cemerlang, Jennifer Beattie dan pemain semakin meningkat naik, Gemma Davison yang menjaringkan kesemua 4 gol tersebut..

Arsenal Ladies perlu mengutip lagi 5 mata dari 4 perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan liga ketujuh mereka berturut-turut.. Jika berjaya Arsenal Ladies akan menjulang piala tersebut di Emirates Stadium pada 12 May 2010 semasa menentang Leeds di perlawanan terakhir liga wanita England.. Adios!1

0 comments:

Post a Comment