01 May 2010

Arshavin statement

Dengan Arsenal tidak akan ada sebarang perlawanan sehingga hari isnin minggu depan iaitu berkunjung ke Blackburn, ianya akan menjadi hujung minggu yang sunyi untuk fans Arsenal.. Namun dengan krisis Andrei Arshavin, ianya membuatkan kesunyian itu hilang.. Dengan Wenger menegaskan yang Arshavin gembira dan sedang berbincang untuk kontrak baru, tiba giliran Arshavin pula untuk mempertahankan dirinya..

Aksi Arshavin yang agak merudum sejak kebelakangan ini telah diambil sepenuhnya media untuk mereka cerita yang Arshavin mahukan perpindahan ke Barcelona.. Namun Arshavin menyangkalnya dan menegaskan yang dia cukup gembira di Arsenal.. "I respect the club and I am happy that I am a part of it.. I am very grateful to the Arsenal fans, who love me.."

"I am often translated wrongly.. If I talk to the English press, there is no problem but when I say something in Russia, some special news agency takes it, translates it and sells these quotes.. During the process of interpretation they translate my words as they see fit.. I find this unpleasant because people might think I said something that, in fact, I never said.."

Sebenarnya Atikah x peduli sama ada dia nak kekal atau tidak.. Kerana Atikah kecewa dengan aksi merudum Arshavin lewat ini.. Kalau dia terus menghampakan, ianya hanya akan menjejaskan pasukan untuk musim depan.. Atikah nak dia kembali cemerlang, kerana jika dia cemerlang, Arsenal akan menerima banyak manfaat darinya..

Wenger juga menegaskan yang Eduardo x akan ke mana-masa selepas sejak akhir-akhir ini munculnya spekulasi yang mengatakan Wenger akan menjualnya.. Ini merupakan musim penuh pertama Eduardo sejak pulih dari kecederaan patah kaki serius yang di alaminya.. Eduardo beraksi cemerlang pada awal musim sebelum menjadi tidak konsisten..

Ianya banyak berpunca kerana masalah kecederaan remeh temeh yang di alaminya sejak pulih dari kecederaan serius tersebut.. Tapi Wenger yakin yang Eduardo akan cemerlang musim depan.. "In the last month he looked sharp to me in training.. He had a period where he was in and out, a little niggling injury.."

"It was the first full season after his injury.. He was a bit disturbed but I think next season should be better for him.." Wenger juga menegaskan yang jika dia mahu jual Eduardo atau tidak percayakannya, dia tidak akan melanjutkan kontrak Eduardo.. Namun Wenger mengesahkan dia akan berbincang bersama Eduardo sebaik tamat musim ini untuk bercerita tentang masa depan Eduardo..

Wenger cukup perasan yang dengan usia Eduardo kini 27 tahun, sudah pastinya dia mahu beraksi dengan lebih kerap.. Buat masa ini Eduardo merupakan pilihan ketiga selepas RVP dan Bendtner.. Namun jika Chamakh sah milik Arsenal, ianya bermakna dia akan menjadi pilihan keempat..

Dan disebabkan itulah Wenger akan duduk berbincang bersama 'Dudu' dan mahu mengetahui apa perasaan Eduardo.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment