04 May 2010

Segmen Arsenal Ladies

Kepada pengunjung blog ini yang x mahu tahu langsung pasal skuad Arsenal Ladies diarahkan jangan membaca artikel ini.. Hanya kepada siapa yang mahu tahu perkembangan skuad Arsenal Ladies sahaja yang dibenarkan membaca artikel ini.. Atikah x mahu sebarang komen negatif tentang artikel ini..

Arsenal Ladies mara ke pusingan akhir Piala FA kesebelas mereka dengan kebanyakan pemain sudah pun mempunyai pengalaman di pentas final berbanding Everton yang mara ke pusingan akhir Piala FA pertama mereka.. Di atas kertas, skuad Arsenal Ladies jelas menjadi pilihan.. Namun Everton telah membuktikan yang mereka sering berikan sakit kepala kepada pemain Arsenal Ladies..

Dan mereka lakukannya sekali lagi.. Jika musim lepas mereka dipatahkan oleh skuad Arsenal Ladies untuk menjulang kejuaraan liga di hari terakhir selepas menundukkan Everton 1-0, kini giliran mereka pula untuk mematahkan hati Arsenal Ladies selepas menang 3-2 di masa tambahan final Piala FA..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-16 hasil jaringan penyerang Everton.. Namun Arsenal Ladies bangkit untuk menyamakan kedudukan 2 minit sebelum rehat separuh masa hasil gol dari Kim Little selepas Arsenal Ladies dihadiahkan sepakan penalti..

Namun Everton mendahului pada masa tambahan separuh masa pertama hasil gol sendiri kapten pasukan, Faye White.. Arsenal Ladies menampilkan aksi yang lebih cemerlang pada separuh masa kedua dan hasilnya penyerang prolifik Arsenal Ladies, Julie Fleeting menyamakan kedudukan pada minit ke-54..

Peluang demi peluang dipersiakan pemain Arsenal Ladies untuk menyaksikan perlawanan di bawa ke masa tambahan.. Pada minit ke-119, penyerang Everton memusnahkan pasukan Arsenal Ladies.. Dan keputusan itu bertahan sehingga tamat perlawanan untuk menyaksikan pemain Arsenal Ladies berduka..

Ini bukannya perkara yang biasa berlaku di dalam ke skuad Arsenal Ladies.. Mereka sering mencatatkan kemenangan di pentas akhir.. Dengan dalam 11 perlawanan akhir Piala FA yang mereka lalui hanya inilah satu-satunya kekalahan yang dicatatkan mereka.. Dan ianya merupakan sesuatu yang pelik untuk melihat skuad Arsenal Ladies berduka di perlawanan akhir..

Dan Atikah setuju dengan kapten pasukan Arsenal Ladies, Faye White.. Pasukan Arsenal Ladies masih boleh berbangga walaupun tewas perlawanan ini.. Jelas sekali Arsenal Ladies mencipta lebih banyak peluang, namun Everton lebih bernasib baik untuk memenangi perlawanan ini.. Arsenal Ladies boleh kecewakan Everton yang mahu mencuri gelaran liga dari Arsenal minggu depan, seperti mana yang mereka lakukan musim lalu..

Kekalahan ini cukup sukar untuk ditelan.. Namun ianya satu pengajaran yang berguna untuk pemain-pemain muda skuad Arsenal Ladies.. Hanya double sahajalah nampaknya musim ini.. Itupun jika Arsenal Ladies mampu mempertahankan kejuaraan liga mereka.. Namun jika Everton gagal mengutip 3 mata penuh hujung minggu ini, Arsenal sah juara liga.. Jika tidak penentuannya ialah semasa Arsenal menentang Everton dan Leeds minggu depan..

Jika mereka gagal memenangi kejuaraan liga.. Sudah pastinya pengurus terkini skuad Arsenal Ladies, Laura Harvey tidak akan terus membimbing skuad Arsenal Ladies sebaik tamat musim ini.. Dengan kekalahan perlawanan akhir ini juga menyaksikan kedudukan Harvey tidak senang.. Terkeluar dari UEFA Champion's League dan tewas perlawanan akhir Piala FA..

Hmm.. Atikah dah nampak yang pengurusan Arsenal Ladies mula mencari pengurus baru skuad Arsenal Ladies musim depan.. Hanya kejuaraan liga sahaja yang boleh menyaksikan Harvey kekal di Arsenal Ladies musim depan.. Atikah yakin Arsenal akan mememangi kejuaraan liga dan Harvey akan kekal musim depan.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment