Latest Fabregas rumuors update

Dengan hakikat pengurusan Arsenal sedang berjuang untuk mempertahankan nadi utama pasukan ini.. Spy Atikah mempercayai yang pengurusan Arsenal telah mempertingkatkan harga Fabregas hasil aksi cemerlangnya pada musim 2009/2010.. Jika awal musim lepas harga Fabregas diletakkan sekitar 40 juta pound kini ianya meningkat sehingga 80 juta pound!!
Barcelona dilaporkan hanya bersedia menawarkan sekitar 30-40 juta pound untuk khidmat Fabregas bersama-sama Yaya Toure.. Namun Toure sekali lagi tidak berminat untuk berhijrah ke Arsenal, Barca mempunyai masalah untuk menyelesaikan tawaran mereka untuk Fabregas kepada Arsenal..
Jadi mereka mungkin akan mempertimbangkan memberikan Arsenal 30 atau 40 juta pound bersama-sama Alexander Hleb, Bojan Krikic dan malahan Zlatan Ibrahimovic untuk mendapatkan khidmat Fabregas.. Atas sebab itulah spy Atikah percaya yang Fabregas akan kekal di Arsenal musim depan..
Dan Atikah juga setuju dengan pendapat penulis akhbar Telegraph yang mengatakan sesungguhnya Fabregas teramat penting kepada Arsenal berbanding bertapa pentingnya Cristiano Ronaldo kepada Man. Utd.. Dan sememangnya ianya benar.. Tengok sahajalah musim ini.. Arsenal rapuh tanpa kelibat Fabregas..
Namun Atikah yakin Fabregas x akan kemana-mana musim panas ini terutama sekali jika Wenger tidak kedekut untuk membelanjakan wang membeli beberapa pemain ternama yang hebat dan berpengalaman.. Namun jika Wenger terus kedekut.. Atikah sendiri x dapat bagi jaminan yang Fab akan kekal..
Buat masa ini spy Atikah masih gagal mencari di manakah Cesc Fabregas dan Arsene Wenger.. Dan tiada kenyataan rasmi dari Fabregas mahupun Wenger tentang rumours ini..

0 comments:
Post a Comment